Connect with us

Hiburan

Jamal Abdillah Teruja, Kongsi Jantina Anak

Tahniah! Semoga bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan dipermudahkan segala urusan..

Published

on

Penyanyi yang popular menerusi lagu Gadis Melayu, Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa teruja apabila bakal menimang anak sulung bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.

Menurut Jamal, usia kandungan isterinya kini sudah menjangkau enam bulan selain berkongsi tentang jantina bayi berkenaan.

“Saya berasa sangat gembira apabila dikhabarkan oleh doktor yang kami bakal menimang cahaya mata perempuan.”

Image result for jamal abdillah dan isteri

Jamal turut menyatakan isterinya itu kini diminta untuk lebih banyak berehat lebih-lebih lagi selepas pernah keguguran sebanyak tiga kali.

Sementara itu, Jamal mengalu-alukan peminat untuk memberikan nama kepada anak perempuannya itu.

“Asalkan, nama tersebut mempunyai maksud yang baik.”

Image result for jamal abdillah dan isteri

Terdahulu, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd. Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Namun, ketiga-tiga perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 12.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement