Connect with us
Salam Aidilfitri

Berita

Jaga Pemakanan, Amalkan 3M – KP Kesihatan

Jaga kesihatan, beringat sentiasa.

Published

on

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dengan norma serta kebiasaan baru, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, biarpun sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza susulan wabak Covid-19, tidak bermakna ia tidak dapat diraikan dengan semangat yang sama.

“Ramadan telah dilalui dengan norma dan kebiasaan baru bagi memastikan jangkitan COVID-19 dapat dibendung.

Kini KKM menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal pula dengan norma dan kebiasaan baru, dengan mematuhi SOP yang telah disarankan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya semalam (22 Mei 2020).

Bagi mencegah keracunan makanan, beliau turut menasihatkan masyarakat tentang proses penyediaan makanan juadah Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi memastikan juadah ini dapat dinikmati dengan selamat, proses penyediaan makanan perlulah diberi perhatian, terutamanya daripada cara pemasakan yang betul dan selamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham juga menyarankan masyarakat supaya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dengan mengamalkan 3M iaitu masak di rumah jika boleh, makan buah-buahan dan sayuran setiap hari, serta minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Sumber daripada: Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement