Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

“Jadi Profesional, Bukan Kejar Glamor” – Arash Mohamad

Arash menasihatkan pendatang baharu supaya lebih serius menceburi bidang lakonan.

Published

on

Siapa yang tak suka jadi popular? Tetapi populariti tanpa kemampuan diri sebenar juga tidak akan kekal.

Pelakon berpengalaman, Arash Mohamad menasihatkan pendatang baharu supaya lebih serius menceburi bidang lakonan dan tidak mengejar glamor atau populariti semata-mata.

“Kalau masuk set penggambaran, jangan main telefon bimbit, tetapi carilah ilmu. Jangan segan masuk kelas lakonan. Keluarkan sedikit belanja untuk menimba ilmu kerana seni ini tidak ternilai.

“Hargailah bakat dan peluang yang ada. Dahulu, saya juga belajar bertanya kepada pelakon senior dan menjadikan mereka sebagai kawan. Kami saling hormat menghormati.

Jika pengarah memberikan arahan pula, kita kena fokus. Bukannya masa masuk ke set penggambaran, waktu itulah baru nak menghadap skrip,” katanya.

Menurut Arash, artis baharu juga tidak seharusnya memberikan tumpuan kepada jumlah pengikut di laman sosial.

“Jumlah pengikut bukan ukuran kita sudah bagus. Pengikut laman sosial mungkin nak tengok gaya hidup atau aktiviti artis sahaja, tetapi kalau hasil seni kosong, tiada maknanya.

Apabila kena hentam mulalah nak meroyan,” katanya yang sudah lebih dua dekad bergelar pelakon.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement