Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Jadi Malas Baik Untuk Kesihatan?

Malas sekali sekala…

Published

on

Mungkin bagi anda yang membaca tajuk di atas akan berasa pelik dan hairan bagaimana malas itu boleh memberi kebaikan kepada kesihatan. Namun, terdapat kajian yang dijalankan mendapati menjadi malas adalah baik untuk kesihatan kita.

Sebelum ada yang keliru, menjadi malas di sini bukan lah bermaksud tidak melakukan sebarang pekerjaan dalam sehari. Bagi kaum ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa (ataupun yang bekerja), mungkin pada waktu pagi selepas bangun kita terasa seperti mahu lelapkan mata untuk 15 minit, atau berasa sedikit malas untuk menguruskan hal rumah buat seketika. Sebenarnya perasaan seperti itu adalah normal dan kita tidak perlu rasa bersalah dengan perasaan ‘malas’ itu.

Menurut kajian, menjadi malas untuk seketika bukan sahaja membantu kita untuk merehatkan badan, tetapi menjadikan tubuh kita lebih sihat. Di samping itu, kita juga turut rasa lebih bahagia kerana telah mendapatkan waktu rehat yang lebih. 

Kajian oleh Universiti Kansas ke atas 300 spesies haiwan berbeza dilakukan bagi melihat jumlah tenaga yang diperlukan dalam sehari untuk kekal hidup. Mereka mendapati spesies yang memerlukan tenaga yang tinggi untuk hidup lebih cepat mati berbanding spesies yang memerlukan tenaga yang rendah. Ia menunjukkan bahawa penggunaan tenaga yang rendah dalam sehari adalah baik untuk tubuh badan. Jadi ada baiknya juga kalau sekali sekala kita menjadi malas.

Malas Berpanjangan Tetap Buruk Untuk Kesihatan

Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud kita harus mengetepikan segala tanggungjawab kita dan kekal menjadi malas seharian. Kajian lain juga mendapati menjadi malas secara mental dan fizikal tetap mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan kita. Antara kesan buruk tersebut adalah seperti mendapat penyakit berkaitan jantung, diabetes, obesiti, depresi, dan juga kanser. Kebaikan menjadi malas bukan lah untuk disalah guna, sebaliknya untuk mendapatkan masa rehat secukupnya serta mengoptimumkan kecergasan otak.

Jika jadual kerja atau urusan di rumah padat, ambil lah sedikit masa untuk menjadi ‘malas’ sebentar. Bekerja terlalu kuat juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda secara mental dan fizikal. Jadi, tidak salah untuk menjadi ‘malas’ pada waktu yang sepatutnya dan secara sederhana.

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement