Connect with us

Hiburan

Izzue Takkan Madukan Isteri

Tiada zuriat bukan bermakna Izzue dan Awin tidak bahagia.

Published

on

Biarpun rumah tangga belum lagi dikurniakan anak, penyanyi dan pelakon Izzue Islam tidak pernah terdetik untuk ‘memadukan’ isteri, Awin Nurin.

Menurut Izzue, berkahwin lagi bukannya penyelesai masalah, sebaliknya ‘raja’ kepada segala kesulitan.

Hakikatnya, cinta mereka tidak sedikit pun terjejas, walaupun sudah enam tahun menunggu kehadiran cahaya mata.

Sesetengah masyarakat ada yang menuduh Izzue mandul dan tidak mampu membahagiakan isterinya. Namun, bekas anggota kumpulan Forteen ini enggan melayan.

“Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati.

“Paling terkesan tentunya saya dituduh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri. Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin.

“Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri,” katanya.

Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement