Semasa & Hiburan
Izara Aishah Kongsi Video Baby Bump Di IG
Izara dijangka menimang cahaya mata sulung pada April ini.
Buat pertama kalinya, pelakon terkenal, Izara Aishah yang juga isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid berkongsi video ‘baby bump’ khas buat peminatnya.
Izara memuat naik video pendek tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini merakamkan wajah gembiranya yang sedang ketawa melihat kamera.
Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan itu letah meraih lebih 340,000 tontonan.
Untuk pengetahuan, usia kandungan Izara sudah mencecah enam bulan dan dijangka menimang cahaya mata sulung pada April ini.