Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“It’s About Time Kita Stop Bayar Yuran Sekolah” – Nabila Huda

Ini bukan isu tentang gaji guru..

Published

on

Minggu lalu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan kes pandemik Covid-19 menunjukkan peningkatan. Oleh itu, buat masa ini semua pelajar akan melakukan kelas di atas talian atau online class. Tidak dinafikan online class untuk pelajar sekolah sukar kerana mungkin ada sesetengah tidak mempunyai kemudahan untuk sertai online class. Sukar untuk anak-anak tetapi ia juga sebenarnya sukar juga untuk ibu bapa yang perlu selitkan masa ketika bekerja dari rumah sambil memastikan anak-anak ikuti online class.

Perkara bukan sahaja terpalit kepada masa ibu bapa namun ia juga telah memberi kesan kepada sesetengah ibu bapa yang rasa terbeban kerana perlu membuat bayaran penuh untuk yuran sekolah anak-anak. Pandemik Covid-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pendapatan isi rumah. Ada yang si suami terpaksa dihentikan kerja, ada pula yang gajinya terpaksa dipotong dan ada juga kedua pasangan suami isteri tidak bekerja.

Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Nabila Huda telah suarakan pendapatnya tentang isu pembayaran yuran sekolah anak-anak ia menerima pelbagai reaksi dari netizen serta kebanyakan mereka bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Nabila Huda. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nabila Huda luahkan rasa kesal dan tidak adil kerana perlu membayar yuran sekolah hanya untuk online class selama 15 minit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menurut Nabila, memandangkan tiada siapa yang memberi bantuan kepada ibu bapa yang perlu terus membayar yuran sekolah penuh dari tahun lalu hanya untuk online class yang mengambil masa beberapa jam sahaja satu hari. Nabila mempertikaikan kenapa ibu bapa perlu membayar yuran jika tiada sesiapa pun menggunakan fasiliti sekolah dan hanya digunakan untuk membayar gaji guru. Sebagai seorang selebriti, dirinya juga turut terkesan dengan pendapatan bulanannya memandangkan buat masa ini Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan dan tidak semua rumah produksi membuat penggambaran.

Tambah Nabila, tidak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Walaupun dia tahu orang akan cakap kita perlulah belajar untuk biasakan dengan norma baharu. Namun ada sesetengah subjek perlu diberikan tekanan lebih untuk difahami. Memandangkan anak-anak perlu mengadap komputer riba untuk belajar, minat mereka dilihat semakin pudar. Nabila juga turut menyuarakan pendapat pihak sekolah juga perlu bertolak ansur dan fahami situasi ibu bapa seperti mana ibu bapa faham akan situasi di mana gaji guru-guru perlu dibayar setiap bulan.

Seriously, tak ok langsung cara ni. This is Not fair for us..

This virtual study tak 100 percent works for my daughter. -Nabila Huda

Kini, Nabila Huda semakin risau tentang tahap pendidikan anaknya dan dia mengambil langkah untuk mencari guru sambilan yang boleh datang ke ruamh untuk mengajar anaknya. Nabila akui pada mulanya dia tidak setuju tentang mengupah guru sambilan untuk anaknya belajar di rumah namun dia tidak pilihan lain.

Setiap situasi memberi kesan kepada setiap orang. Sekolah terkesan, guru terkesan, anak-anak terkesan begitu juga ibu bapa. Namun, mungkin kita bersama boleh mencari solusi untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan yang terbaik untuk masa depan mereka sementara kita berperang dengan pandemik Covid-19. Apa pula pendapat anda?

 

Baca juga:

Kesan Dulu Suka Buli Anak, Kini Nabila Huda Dapat ‘Pembalasan’

“Ingat Tak Pakai Seluar Tadi!” Netizen Terkejut Tengok Video Terbaru Di Instagram Nabila Huda

 

 

 

 

Sumber: Instagram Nabila Huda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement