Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Isu Scam: Azhan Rani Ddeah Kisah Menjadi Mangsa

Awas!

Published

on

Dalam dunia yang cukup moden ketika ini, banyak teknologi telah dikeluarkan bagi memudahkan kerja ataupun urusan seharian setiap individu.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan atas kecanggihan sehingga ia mengundang keburukan dan kesan negatif kepada masyarakat termasuklah penipuan dalam talian.

Pelbagai kes-kes penipuan yang dibuat oleh sindiket sehingga mengakibatkan orang ramai kerugian ribuan ringgit.

Terbaharu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur iaitu Azhan Rani telah berkongsi pengalaman selepas menjadi salah seorang daripada mangsa sindiket penipuan tersebut.

Perkara berkenaan telah dikongsi beliau menerusi laman Instagram miliknya supaya jadikan pengalamannya itu sebagai peringatan.

View this post on Instagram

haaaa ni nak bagitau contoh #macauscam buat kerja.. ni aku baru dapat message tadi. diaorang akan bagi satu message statement macam ni. aku takde pun akaun affin bank. dan aku takde buat mana2 tempahan kat trivago pun. trick diaorang akan harapkan kau marah dan dah tentu ko akan call number yang warna biru tu.. bila kau call diaorang akan buat2 macam oh ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat kau.. maka kat situ diaorang akan sedut semua duit dalam akaun kau. tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun credit card cimb yang aku tak pernah ada. tapi masa tu aku bodoh hilang semua duit kerja siang malam aku kat malaun semua ni. buat report berjam2 sampai dua balai polis aku kena pergi. last report sampai 6 helai.. sudahnya setakat legakan hati aku je. duit kau takkan dapat balik. tapi itulah pelajaran dia. tahun depan ni aku dah azam bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. sekian moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama!

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Jadi apa yang diperoleh daripada kisah pelakon tersebut ialah jangan sesekali terpadaya dan semak dahulu no.telefon tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement