Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Istiadat Merenjis Tepung Tawar Makin Dilupakan, Ini Bahan & Tujuan Sebenarnya

Published

on


Perasan tak kalau kita tengok kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang ni, dah tak ada sesi merenjis tepung tawar. Kebanyakan pengantin akan menggantikan dengan kedatangan ibu bapa kedua belah pengantin dan saudara-mara  ke atas pelamin untuk bersalaman, berpelukan dan bergambar saja.

Kalau zaman dulu, bila tiba sesi merenjis tepung tawar lagu R. Ismail berjudul Di Renjis-Renjis akan diputarkan. Kini tidak lagi. Lebih-lebih lagi kalau resepsi dilakukan di kawasan bandar, memang susah sangat nak jumpa istiadat renjis-merenjis ni. Boleh dikatakan, semakin dilupakan.

Sumber: sinarviral

Jadi, kami ingin kongsikan bersama anda bahan yang digunakan dan tujuan sebenar upacara merenjis tepung tawar ini diadakan.

Bahan upacara merenjis tepung tawar

  1. Hirisan daun pandan atau daun setawar.
  2. Tepung beras yang dicampurkan sedikit air dan perahan air daun setawar.
  3. Beras kunyit atau beras yang dikuningkan dengan serbuk kunyit.
  4. Bunga rampai iaitu campuran mana-mana bunga wangi dan daun pandan yang dihiris nipis-nipis.
  5. Air bunga mawar
  6. Mangkuk-mangkuk kecil untuk diisikan bahan di atas dan disusun mengikut turutan.

Sumber: flickr

Tujuan sebenar merenjis tepung tawar

Selepas ditaburkan bahan merenjis tepung tawar, pengantin pula akan mengumpulkan semua beras yang ditadah dan disimpan kedalam bekas untuk simpanan sementara dengan bantuan pengapit.

Beras tersebut akan dicampurkan dengan beras lain untuk dimasak oleh pengantin perempuan di masa akan datang supaya dapat dimakan oleh suami isteri pengantin tersebut.

Malah, cara langkah istiadat merenjis telah didokumentasikan dalam lagu pengantin lama seperti lagu R. Ismail berjudul Di Renjis-Renjis. Siapa bakal pengantin tu, mainkanlah lagu ni untuk ambil aura majlis sanding nanti, ihiks! Selamat pengantin baru.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ada Duit Atau Tidak, Ini 7 Perkara Wajib Suami Perlu Beri Kepada Isteri

“Jangan Bina Mahligai Atas Tangisan Air Mata Isteri” – Ustaz Ebit Lew Bersuara

 

 

 

 

 

Sumber: alammelayu

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement