Home > #CeriteraKool > Isteri Izzue Islam dituduh amal ilmu hitam

Isteri Izzue Islam dituduh amal ilmu hitam

Siapa yang tidak marah apabila isteri sendiri dituduh mengamalkan ilmu hitam. Itula reaksi pelakon Izzue Islam apabila isterinya Awin Nurin dituduh sedemikian rupa.

Izzue mahu individu yang didakwa memfitnah isterinya segera menghentikan buli siber di laman sosial.

“Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya.”

Izzue berkata, Awin menenangkan dirinya agar tidak cepat melatah.

 

“Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

“Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya… Mentaliti begini harus dihentikan,” katanya.

“Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu,” katanya.

Izzue yang juga anggota kumpulan Forteen berkata, dia juga kecewa kerana ada netizen mempersoalkan mengenai zuriat.

“Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja,” katanya.

 

 

 

 

Sumber: Bhonline

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply