Home > #CeriteraKool > Isteri Didakwa Tikam Suami Kerana Cemburu, Tapi Sebenarnya..

Isteri Didakwa Tikam Suami Kerana Cemburu, Tapi Sebenarnya..

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri”. Itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh seniman P Ramlee untuk menggambarkan pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, terutamanya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, siapa sangka kerana pertengkaran, seseorang boleh bertindak untuk mencederakan pasangannya.

Kisah bermula dimana seorang wanita di Singapura telah ditahan pihak polis, selepas menikam suaminya pada April tahun lalu.

Dalam kejadian berkenaan, pasangan tersebut berada di dalam bilik di kediaman mereka di Punggol Singapura, dimana suaminya telah menerima mesej audio daripada teman wanitanya yang berbunyi I love you.

Lebih mengeruhkan keadaan, suaminya turut membalas mesej audio tersebut dengan memberitahu kepada teman wanitanya bahawa dia juga mencintainya.

Berang dengan keadaan berkenaan, isternya bertindak merampas telefon bimbit lelaki itu, sehingga berlaku pergelutan membuatkan lelaki itu menolak isterinya sehingga jatuh ke atas katil dan berjaya mendapatkan telefon itu semula.

Tidak puas hati, wanita itu kemudiannya keluar dari bilik dan terus mengambil sebilah pisau dan kembali bertengkar sebelum wanita itu bertindak menikam suaminya di bahagian dada.

Lelaki berkenaan kemudian berjaya menggenggam tangan isterinya menyebabkan pisau itu terlepas dari tangan isterinya. Dia kemudian mengambil pisau itu dan mencampakkannya keluar dari tingkap sebelum menelefon polis untuk melaporkan perbuatan isterinya itu.

Wanita berkenaan kemudian ditahan pada 16 Oktober 2017, dan dijatuhi hukuman penjara 6 minggu kerana kesalahan mencederakan suaminya.

Namun, selepas jalani pemeriksaan psikiatri rupa-rupanya wanita itu mempunyai masalah mental kerana menjadi mangsa penderaan fizikal lelaki berkenaan. Menurut peguam yang mewakili isterinya, rumahtangga mereka mula bergolak pada januar 2016 apabila suaminya menyatakan hasratnya untuk mengahwini teman wanita yang dijumpai di Filipina. Disebabkan itu, isterinya menjadi kecewa dan tertekan malah sebenarnya lelaki ini sudah banyak kali dilaporkan kepada pihak polis namun kerana cintakan kepada suami, wanita itu bertahan walaupun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Apa-apa pun, Kool FM berharap bagi sesiapa sahaja yang menjadi mangsa penderaan, tampil membuat laporan dan tidak mendiamkan diri untuk kebaikan bersama.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply