Connect with us

Hiburan

Isteri Bukan ‘Queen Control’ – Azlee Khairi

Azlee menafikan dakwaan isterinya cemburu atau mengawal aktiviti lakonan.

Published

on

Pelakon, Azlee Khairi kembali membina nama dalam industri lakonan selepas beberapa tahun menyepi.

Asam garam dunia hiburan, timbul desas desus mengatakan isterinya, Dayang Norlelawati Puteh, 36, bersikap mengongkong sehingga tidak mengizinkannya berlakon.

Bagaimanapun, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee, 30, menafikan dakwaan tersebut.

“Isteri menguruskan perjalanan kerjaya saya, jadi mana mungkin dia mahu bersikap ‘queen control’? Tidak timbul isu isteri cemburu atau mengawal aktiviti lakonan saya. Ketika dia mengenali saya pun, saya adalah seorang pelakon.

“Jika tidak mengizinkan, masakan isteri memberi galakan untuk saya kembali ke dunia lakonan? Saya sudah cuba menerokai bidang lain, tetapi tidak sesuai dengan jiwa. Jadi, lebih baik saya meneruskan bidang yang diminati,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed.

Terdahulu, timbul gossip Azlee dikawal isteri selepas berkahwin dan berpindah ke Brunei Darussalam, kira-kira empat tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Azlee bakal digandingkan semula bersama Zara Zya dalam drama terbaru, Seadanya Aku yang akan disiarkan menerusi slot Akasia pada pertengahan Januari depan.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement