Berita
IPU Sri Aman Berada Pada Tahap Berbahaya
Sri Aman di Sarawak mencatat IPU berbahaya pagi ini apabila mencapai bacaan 352.
Sri Aman di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya pagi ini apabila mencapai bacaan 352.
Sementara itu, Kuching pula masih berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 215.
Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 6 pagi tadi, lapan kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan (162), Sarikei : (148), Sibu (163), Bintulu (128), Mukah (138),
Samalaju (114), Institut Latihan Perindustrian Miri (107) dan Miri (125).
Dalam pada itu, Indonesia turut menutup lebih banyak sekolah di beberapa kawasan di Pulau Borneo dan Sumatera, susulan kejadian kebakaran hutan yang menyebabkan keadaan jerebu semakin teruk.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Indonesia, jangkitan sistem pernafasan akut menjejaskan 11,758 orang di Palangka Raya, 15,346 di Riau dan 15,047 di Jambi.
Sumber: Berita Harian