Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

iOS 14 Kini Boleh Dimuat Turun, Apa Yang Menarik?

Ini antara ciri-ciri terbaharu yang menarik…

Published

on

Berita baik bagi pengguna tegar sistem operasi peranti mudah alih Apple iaitu iOS, kini versi terbaharu boleh dimuat turun bermula awal pagi tadi.

Beberapa perubahan drastik kepada peranti mudah alih Apple seperti iPhone dan iPad akan dilihat daripada aspek termasuk ciri keselamatan yang sudah dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, kemas kini ini hanya boleh dimuat turun bagi pengguna peranti untuk semua variasi  iPhone 11, peranti variasi iPhone X, iPhone 8 serta 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6S, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone SE 2020, dan iPod Touch.

Persoalannya, apa yang menarik dengan kemas kini terbaharu iOS iaitu iOS 14?

Antara yang menjadi perhatian utama ialah 10 ciri terbaharu untuk iOS 14 yang akan digunakan secara rasmi untuk iPhone 12. Selain itu, paling mendapat perhatian, Apple memperkenalkan ciri ‘Widget‘ untuk iOS 14 dan pengguna boleh meletakkan widget di paparan skrin utama mirip peranti Android. Walaupun ciri ‘Widget’ ini telah lama digunakan oleh pengguna Android, ia tidak menjadi masalah buat pengguna iOS yang baru sahaja dapat menikmati ciri ini. Jadi, Kool FM akan meringkaskan beberapa ciri khusus yang menarik diperkenalkan oleh Apple untuk iOS 14.

Widget

Seperti ciri yang mirip dengan peranti Android, Apple juga kini melakukan perubahan pada tetapan skrin utama menerusi tetapan widget. Ini merupakan satu paparan baharu pada sistem operasi berkenaan. Ia langkah berani untuk Apple bagi versi terbaharu iOS di mana pengguna boleh meletakkan sebarang widget kesukaan mereka dan mengikut citarasa sendiri. Tentu paparan skrin nampak lebih segar.

Kemaskini Keyboard

Bagi penggemar emoji, selepas ini anda akan lebih mudah untuk membuat sebarang carian emoji. iOS 14 telah mengemas kini keyboard di mana emoji boleh dicari hanya dengan ‘search’ sahaja tanpa perlu slide satu-satu untuk carian. 

Bar notifikasi panggilan lebih kecil

Menerusi iOS 14, Apple memperkenalkan paparan bar notifikasi panggilan masuk yang bersaiz kecil di bahagian atas skrin. Ciri terbaharu ini sekali gus memberi kelebihan kepada pengguna yang sering rasa terganggu dengan panggilan masuk semasa sedang bermain game atau sebagainya. Ia adalah ciri khusus yang diperkenalkan untuk memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna.

Mod malam/tidur

Mod tanpa gangguan ini dikenali sebagai fungsi ‘Wind Down Mode‘ khusus untuk pengguna peranti pintar menetapkan satu fungsi tiada gangguan sepanjang tempoh yang ditetapkan. Fungsi itu membolehkan pengguna menetapkan waktu tidur dan bangun mengikut masa yang diinginkan. Difahamkan, terdapat juga pilihan akses pintas untuk meditasi dan bermain muzik yang santai pada fungsi ini.

Kemaskini FaceTime

Satu lagi kemaskini yang menarik adalah FaceTime di mana walaupun anda berada dalam aplikasi yang lain, ia masih digunakan. Selain itu, FaceTime juga menambah kualiti yang lebih tinggi kepada 1080p pada sesetengah peranti. Memang anda akan nampak jelas semasa membuat panggilan video.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement