Semasa & Hiburan
Insurans: Isu Bayar Dahulu, ‘Claim’ Kemudian
Sediakan payung sebelum hujan!
Insurans ialah salah satu perseadiaan yang boleh dibeli bagi melindungi individu daripada sebarang kemalangan. Ia juga dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anda, ahli keluarga atau barang kemilikan anda.
Bersama dengan penyampai Kool FM AG, Haiza dan Muaz pada 10 Januari 2020, mereka telah menemubualΒ Konsultan Takaful Mohamad Adib bin Mohamad Khalid menerusi segmen Kool Talk bagi mendapat pencerahan lebih mendalam mengenai insurans.
Banyak topik yang dibincangkan antaranya mengapa ramai yang kurang percaya dan yakin dengan insurans, kurang kesedaran pemilikan insurans, beza insurans konvensional dan takaful serta banyak lagi.
Namun, topik yang menarik perhatian pendengar adalah mengapa terdapat sesetengah syarikat yang menjual insurans tidak memudahkan penggunanya.
Maksudnya, jika sesuatu perkara berlaku kepada individu yang memerlukan dirinya hadir ke hospital, pihak hospital mengarahkan individu berkenaan supaya membayar dahulu kos rawatan tersebut dan ‘claim’ kemudian dengan syarikat tersebut.
Jom dengarkan lebih lanjut dalam Catch Up Kool dibawah: