Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Instagram Jejaka-Jejaka Memasak Untuk Idea Menu Korang

Published

on


Sepanjang duduk rumah ni, rasanya macam-macam resipi yang korang dah cuba kan? Dari resipi Dalgona Coffee sampai lah resipi homemade ice cream pelbagai perisa. Semua resipi ni adalah hasil inspirasi dari video-video masakan yang tular di media sosial. Tapi takkan hari-hari nak makan benda sama je. Jadi untuk memeriahkan lagi menu masakan korang dan korang pun boleh belajar cara memasak yang senang, jom aku share Instagram para jejaka yang memasak. Bulan puasa pun nak dekat dah ni geng, so boleh lah buat list sebulan punya menu.

1. SYED MUNAWWAR

Jejaka yang berasal dari Alor Star, Kedah ini mempunyai stail memasak yang bersahaja dan simple. Video-video masakan dia semua seminit je, jadi korang nak tengok pun tak rasa lama. Selain belajar memasak bersama Syed Munawwar, korang boleh belajar sekali speaking loghat utara. Tudia.

 

View this post on Instagram

 

|AYAM TANDOORI RESIPI CEPAT-SENANG UNTUK AKAK-AKAK MAK-MAK YANG BEKERJA| Rempah ni dah ‘mix’ semua rempah macam biji ketumbar,serbuk kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan garam. Perahkan limau nipis sebelum dihidangkan untuk tambah rasa masam bagi lebih kick! Info : Nak senang boleh gantikan tairu dengan yogurt asli. Boleh juga kalau nak goreng atau bakaq guna arang. Lebih sedap kalau bakar. . Ayam Tandoori @syedmunawwar . Bahan-bahan: 🔵 1/3 cawan susu cair 🔵 3-4 biji perahan jus limau nipis 🔵 ayam paha ‘whole leg’ 🔵 3 sudu besar tairu/susu masam 🔵 3-4 sudu besar rempah ayam tandoori @azfood_hq 🔵 mentega atau marjerin (optional) . ☑️ Boleh dapatkan rempah tandoori di IG👇🏻 @azfood_hq @azfood_hq @azfood_hq . . #ayamtandoori #chickentandoori #foodpornmalaysia #resipi #MunawwarKitchen

A post shared by Syed Munawwar (@syedmunawwar) on

2. RAFFIE YUSOFF

InstaChef yang ni pun boleh tahan ramai followers dia. Video masakan dia sesuai untuk korang yang tak suka dengar orang bercakap masa buat video tutorial memasak. Beliau sebenarnya merupakan usahawan muda dalam perniagaan berasaskan kulinari. Kira bukan sekadar chef di Instagram lah. Beliau merupakan kafe yang bernama Indulge By Coco di bandar Dungun, Terengganu. Resipi yang dikongsi olehnya banyak juga menu dari barat. Kalau korang terasa nak cuba masakan barat, boleh try usha Instagram Raffie Yusoff.

 

View this post on Instagram

 

Try test upload video 60fps. Smooth x guys dari sebelum ni? Ke makin blur 😅 Btw Raffie tak letak garam sebab dah cukup rasa dari kiub pati ayam. If suka masin boleh adjust lagi dengan garam. Tips: Bancuh garam dengan sedikit air panas supaya mudah rata if tambah kemudian Mee Hoon Goreng (my style) Resepi untuk 4 orang makan 5 sudu besar minyak masak 20 gram ikan bilis (dibilas) 2 biji bawang merah (dihiris) 3 ulas bawang putih (diketuk) 3-5 biji cili api, jika suka pedas (diketuk) 2 sudu besar cili boh 200 gram isi ayam 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar kicap manis Sedikit air 1 ketul fish cake (dipotong panjang) 250 gram Mee Hoon (direndam) 1 biji kiub pati ayam (dihancurkan) 1 biji cili merah 50 gram brokoli (optional) 50 gram lobak merah #AMinutewithRaffieYusoff #meehoongoreng

A post shared by Raffie Yusoff (@raffieyusoff) on

3. ASHRY

Okay untuk jejaka yang ini, video masakan dia semua akan diiringin dengan vokal rap dari dia. Sangat laju dan pantas dia bercakap sampai tak dengar apa yang dia cakapkan. Ahsry terkenal dengan trademark ‘shoo shedap, tiber’ dalam setiap video masakannya. Menu masakkan yang dia ajar pun pelbagai dan sesuai untuk yang nak makan masakan melayu.

 

View this post on Instagram

 

Gulai lemak ketam petai buat abang tak tenteram. Bawang putih Ketam Santan Udang kering Bawang merah cili padi Serai Kunyit Daun kunyit Okay senang je masak lemak ni, kalau korang ikut aku ni confirm abang masham tak cari lain. Tiberrr So kau blend semua sekali, bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit, serai sampai hancur lepas tu kau masuk dalam kuali tak payah pakai minyak. Kau nampak tumisan dah kering kau masukkan ketam gaul sebati lepas tu masukkan air sikit lepas tu kacau, lepas tu masukkan santun lepas tu kau masukan garam & gula sebagai penambah rasa kau adjust guna lidah kau sendiiri nak rasa macam mana. Lepas tu pulak, bila rasa dh sedap last sekali masukkan daun kunyit & juga petai lepas tu kau gaul gaul dah siappp. Makan makan hmm shoshedap shoshedap tiberr. Selamat mencuba. #ashhmasak #gulailemakketam #shoshedap

A post shared by Shoshedap Shoshedap Tiberrr (@ashhryyyyy) on

4. KHAIRUL AMING

Yang ini pula memang paling tak asing dalam dunia masakan di Instagram. Siapa je tak kenal Khairul Aming kan. Followers di Instagram dia mencecah 2 juta. Mungkin ramai suka tengok dia dengan cara memasak yang santai dan explanation terhadap setiap masakan yang kemas dan mudah difahami. Semua video yang dia muat naik mesti dapat tontotan berjuta. Menu yang dia kongsikan pun pelbagai juga, daripada masakan melayu, barat sampai lah masakan Jepun.

 

View this post on Instagram

 

Daging Black Pepper 🥩 . . Bahan2/Ingredients: 🌕300g daging (300g beef) 🌕Garam (salt) 🌕3 sudu sos lada hitam (3 tbsp black pepper sauce) 🌕3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 🌕2 inci halia (2 inch ginger) 🌕1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce) 🌕1/2 sudu lada hitam (1/3 tbsp black pepper) 🌕2 sudu sos lada hitam (2 tbsp black pepper sauce) 🌕1/2 biji bawang holland (1/2 holland onion) 🌕Lada Benggala (capsicum) 🌕Brokoli (broccoli) 🌕1/2 cawan air (1/2 cup water) 🌕3 sudu air tepung jagung (3 tbsp corn starch slurry) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #daging #beef #spicy #dagingblackpepper

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Ada lagi satu video memasak dari jejaka di Indonesia dengan username ejaak15. Kalau korang suka tutorial memasak yang unik dan ada humour sikit, boleh tengok Instagram dia. Tapi page Instagram dia lebih kepada jenaka berbanding tutorial memasak.

 

View this post on Instagram

 

Adek rese kalo lagi laper @bintangalsitra @megiirawann

A post shared by RezaDwiYandaa (@ejaak15) on

KATALAKI: Sebenarnya lelaki ni memang dilahirkan untuk pandai memasak kan sebab chef terkenal semuanya lelaki. Betul?



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement