Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Insiden Wanita Dibelasah Di Stesen MRT, Lelaki Didakwa

Lelaki yang membelasah dan merompak seorang wanita di sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, dua minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, dan mengaku tidak bersalah.

Published

on

Seorang pekerja penyelenggara pendingin hawa yang dirakam membelasah dan merompak seorang wanita di sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, dua minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini.
G Thinathayaalan, 25, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Thinathayaalan didakwa melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan ke atas pengurus bank, Lee Meei Shan, 48, selain melarikan kad pengenalan, lesen memandu, dua keping kad ATM, dua keping kad kredit dan wang tunai RM400.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam lif stesen MRT, Taman Mutiara, di sini, jam 6.45 pagi, pada 14 Februari lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan insiden samun itu dirakam CCTV dalam lif berkenaan dan tular selepas dimuat naik di media sosial sejak hari kejadian.
Dalam rakaman selama 57 saat, lelaki itu dilihat menumbuk mangsa beberapa kali sebelum menarik rambut dan menendang wanita berkenaan.
Tertuduh kemudian menarik beg tangan mangsa dan mengambil dompet wanita itu sebelum melarikan diri.
Video berkenaan yang tersebar luas di media sosial menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen.

SUMBER: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement