Connect with us
alt_img>

Hiburan

Innuendo Beri Bayangan Akan Muncul Semula

Kau tahu betapa ku sayang padamu, hanya bidadari sebagai ganti.. 

Published

on

Kau tahu betapa ku sayang padamu, hanya bidadari sebagai ganti..

Itulah bait-bait lirik lagu yang popular sekitar lewat 1990-an nyanyian kumpulan Innuendo yang masih diingati sehingga hari ini.

Namun, pada awal 2000, kumpulan yang dianggotai Pot Amir, Remy, Taj dan Sam mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, mereka dilihat memberi bayangan akan membuat kemunculan semula.

Pot ketika ditemui Harian Metro baru-baru ini meluahkan hasrat itu selepas melihat tiada kumpulan yang mampu menyanyi secara berharmoni seperti mereka suatu ketika dulu.

Segalanya bermula apabila kami bertemu sekitar Februari lalu. Ketika itu saya teringatkan lagu Yesterday (nyanyian Boyz II Men dan nyanyian asal The Beatles) yang pernah kami nyanyikan dulu. Dalam pertemuan yang tidak dirancang itu, saya lupa penamat lagu itu kerana versi kami berbeza dengan penyanyi asal.

Pot atau nama sebenarnya Saiful Amir Abd Wahab berkata, penamat versi mereka akhirnya ditemui selepas semua menyanyikan lagu itu.
Related image
Katanya, detik itu sekali gus mengembalikan pengalaman ‘jamming’ bersama-sama suatu ketika dulu.
Menurutnya, pertemuan itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar yang juga pengasas syarikat rakaman Positive Tone. Ia sekali gus ‘reunion’ yang sangat bermakna selepas 10 tahun.
Selepas itu, Pot mula memujuk bekas anggota lain, tetapi hanya Sam dan Taj saja yang menunjukkan minat, manakala Remy tidak berminat kerana sibuk dengan perniagaannya.

Kalau usaha ini berhasil kami akan melakukan penjenamaan semula dengan menggunakan nama baru, bukan lagi Innuendo.

Sebagai pengenalan, Pot akan muncul terlebih dulu bersama beberapa rakan artis pada acara KL Jamm di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 26 April ini. Dia juga akan berkongsi pentas dengan kumpulan Ruffedge serta artis lain seperti Bunkface, Joe Flizzow, SonaOne, Alif dan Ila Damiaa.
 
Sumber dari: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement