Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ini Yang Anda PERLU Lakukan Jika Mengalami Gangguan Seksual!

Jangan pendam, anda tidak keseorangan…

Published

on

Gangguan seksual merangkumi apa-apa sahaja perbuatan yang berunsurkan seks, seperti sentuhan atau kata-kata yang berbaur lucah. Tetapi anda kena tahu membezakan perbuatan bermain cinta dan mengusik ataupun gangguan seksual.

Bercakap mengenai ini, tidak ramai yang berani tampil untuk melaporkan kejadian yang menimpa diri mereka kerana takut dengan tanggapan negatif masyarakat.

man standing near woman smiling

Lebih buruk lagi jika ia berlaku di tempat kerja kerana mangsa berada dalam dilema sama ada mahu mengunci mulut atau mendapatkan pembelaan kerana bimbang akan kehilangan tempat mencari rezeki.

Tidak kira perempuan ataupun lelaki, ini yang perlu anda lakukan jika anda mengalami gangguan seksual :

1. Beri amaran

man pointing at camera

Beri amaran kepada pelaku bahawa perbuatannya merupakan satu bentuk gangguan seksual. Amaran boleh dilakukan melalui penyampaian lisan, surat, emel atau ajak seorang teman untuk berdepan dengan pelaku sekiranya anda memerlukan sokongan.

 

2. Jangan pendam

woman sitting on black chair in front of glass-panel window with white curtains

Jangan simpan masalah seorang diri, tetapi maklumkan kepada rakan, keluarga atau individu yang anda percayai.

 

3. Sokongan emosi

person hugging someone

Dapatkan sokongan emosi dan berbincang dengan pakar kaunseling daripada jabatan sumber manusia.

 

4. Ubah cara kerja

two women talking while looking at laptop computer

Ambil perhatian tentang bagaimana serangan seksual yang dialami boleh menjejaskan diri anda dan kemudian ubah cara kerja untuk mengelakkan diri daripada gangguan pelaku.

 

5. Dokumentasi

person writing on brown wooden table near white ceramic mug

Simpan segala kes gangguan seksual yang dialami supaya ia boleh dilaporkan. Kalau perlu, pasang kamera tertutup di tempat kerja anda. Ini boleh dijadikan bahan bukti di masa kelak.

 

6. Buat laporan

Malaysian student lodges report over sexual harassment involving ...

Laporkan insiden tersebut kepada penyelia atau pengurus sumber manusia melalui mekanisme dalaman.

 

Sekiranya tiada tindakan diambil, kemukakan aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak polis.

Kami berharap perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam. Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada semua.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement