Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Ini Yang Akan Berlaku Kalau Anda Rakam, Sebar Gambar Kertas Undi Pos!

Sekiranya dilakukan, tindakan undang-undang akan diambil dan jika disabitkan serta didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman sewajarnya.

Published

on

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada pengundi pos bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih supaya tidak merakam gambar kertas undi pos dan menyebarkannya di mana-mana laman media sosial.
Pengundi pos yang melanggar arahan itu berdepan tindakan undang-undang dan hukuman sewajarnya jika didapati bersalah.
Sekiranya dilakukan, tindakan undang-undang akan diambil dan jika disabitkan serta didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman sewajarnya.
Ianya juga bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung

SPR mengeluarkan 234 kertas undi pos bagi PRK DUN Semenyih membabitkan beberapa kategori iaitu pemilih tidak hadir (PTH) luar negara, petugas pilihan raya membabitkan polis dan tentera serta warganegara di luar negara.

Sumber: Berita Harian dan TV3

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement