Connect with us

Gaya Hidup

Ini Sebab Ramai Yang Hadir Solat Jenazah Abam Bocey

Published

on


Berita pemergian salah seorang pelawak dari kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam buat ramai orang terkesan dengan kehilangannya. Sampaikan beberapa rakannya masih belum terima kehilangan Allahyarham.

Bila kita sering membuat kebaikan saat kita hidup di muka bumi ini, pemergiaan kita pasti akan beri impak pada orang sekeliling dan cara kita pergi juga pasti dalam keadaan baik juga. Begitulah yang terjadi sekarang ini apabila ramai mencemburui pemergian Abam.

Sumber: mstar

Apa yang Abam dah buat?

Seorang pengguna twitter, Adnin Roslan telah berkongsi kebaikan yang dilihat dengan mata kasar yang dilakukan oleh Abam sepanjang hidupnya sehingga ribuan manusia termasuk rakan artis hadir.

Lihat sajalah ramai yang hadir dalam sesi solat jenazah Allahyarham seperti solat jumaat. Bahagian dalam dan luar masjid penuh sesak. Pastinya ramai orang mendoakan untuk keampunan untuknya.

Sumber: salehuddinnasir

Pasti kita juga terfikir-fikir, mengapa boleh seramai itu? Adnin Roslan membongkarkan kebaikan allahyarham. Antara kebaikan rakan dan keluarganya kongsikan serta kebaikan yang tak sengaja kita boleh lihat sendiri adalah….

Abam banyak bersedekah…

Menurut satu posting menerusi Instagram Ustaz Ebit Lew, Allahyarham pernah bekongsi kisah hidupnya bila di belakang pentas ketika menghadiri satu majlis agama.

Lihatlah perkongsian dialog ringkas antara arwah dan Ustaz Ebit Lew.

Tak cukup dengan itu, menurut luahan dari ibunya, arwah juga banyak bersedekah pada anak yatim. Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi) Semoga berkat sedekah beliau, Allah mengampuni semua dosa beliau dan meninggikan darjat beliau!

Rajin menghadiri majlis ilmu…

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah duduk suatu kaum (dalam satu majlis), kemudian mereka berzikir kepada Allah SWT dalam duduknya hingga mereka berdiri melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka:

“Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.” (HR.Ath-Thabrani).

Bermakna, ganjaran bagi orang yang menghadiri majlis ilmu ialah Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya.

Menjaga ibunya…

Ketika ibunya sakit, Allahyarham tak pernah jemu menjaga ibunya bahkan, beliau berniat untuk membawa ibunya pergi umrah, MasyaAllah! Anda sendiri tahu betapa besarnya pahala dan ganjaran menjaga ibu yang sakit, dan menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa?

Menjaga solat 5 waktu

Dalam satu temu bual bersama isterinya, Nor Hidayah memberitahu dirinya sedar akan kematian allahyarham ketika dia ingin mengejut arwah suaminya untuk mendirikan solat subuh. Dekat sini kita boleh nampak bahawa mereka suami isteri amat menjaga solat 5 waktu.

Nabi saw bersabda: “Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. (HR. Ahmad).

Itu baru yang kita nampak, kebaikan Abam yang kita tak nampak? Hanya Allah saja yang tahu. Semoga arwah diempatkan dalam orang yang beriman.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Guys! Abam Dah Tak Ada..” – Achey & Fad Tangisi Pemergian Sahabat Baik Mereka

Adib Sudah Tiada. Pemergiannya Ditangisi Ramai

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement