Connect with us
Kool FM

Berita

Ini Sebab Pembeli & Penjaja Buah Jalanan Boleh Disaman

Kesimpulan di sini, bukan tidak boleh berniaga di jalanan tapi lokasi harus strategik. Semoga rezeki kita semua sentiasa dimurahkan terutama mereka yang baru saja berjinak-jinak memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Published

on

Sudah menjadi trend, peniaga mula menjaja buah atau air minuman di kawasan jalan raya berdekatan lampu isyarat tidak kira sama ada hujan atau panas. Ini semua demi mencari rezeki sewaktu pandemik COVID-19.

Malangnya, terdapat segelintir peniaga disaman atas usaha mereka. Netizen yang melihat, mula menunding jari pihak berkuasa cuba untuk menutup periuk nasi rakyat yang dalam kesusahan.

May be an image of standing and outdoors

Lebih teruk lagi apabila tindakan di kenakan kepada penjual dan pembeli di bawah hukuman Seksyen 119(2), denda tidak melebihi RM 2,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan.

Memang kasihan, tapi undang-undang ini digunakan jika lokasi yang dipilih tidak selamat. Menurut posting Penang Kini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah menjalankan advokasi (nasihat) terhadap penjaja jalanan yang menjual buah-buahan di persimpangan jalan lampu isyarat.

May be an image of standing, motorcycle and road

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

 

Sepanjang advokasi yang di jalankan selama 2 jam, seramai 13 orang penjual jalanan telah diberi nasihat dan penerangan serta kesan yang akan dihadapi sekiranya mereka masih meneruskan aktiviti menjaja di jalanan.

Nasihat juga diberi supaya penjaja jalanan mencari lokasi lebih sesuai dan tidak berbahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

Kesimpulan di sini, bukan tidak boleh berniaga di jalanan tapi lokasi harus strategik. Semoga rezeki kita semua sentiasa dimurahkan terutama mereka yang baru saja berjinak-jinak memulakan perniagaan kecil-kecilan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih lanjut, klik saja senarai artikel berikut:

Berang Sebab Tak Dapat Untung, Peniaga Buang Semua Telur Ayam

Bermula Dari Bawah, Kisah 10 Peniaga Tempatan Ini Wajar Dijadikan Sebagai Inspirasi

 

 

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement