Home > #CeriteraKool > Ini Respon Priyanka Chopra Bila Ditanya Tentang “Bridesmaid” Meghan Markle

Ini Respon Priyanka Chopra Bila Ditanya Tentang “Bridesmaid” Meghan Markle

Selepas pengumuman khabar gembira pasangan pelakon Meghan Markle dan bakal suaminya Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei depan, selain tentang persiapan, ramai pihak mula tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi pengiring pengantin atau bridesmaid yang akan mengiringi Meghan pada hari perkahwinannya itu nanti.

Namun, baru-baru ini nama pelakon jelita Priyanka antara yang disebut-sebut ramai memandangkan dia dikenali sebagai antara kawan baik kepada pelakon drama Suits itu.

Image result for priyanka chopra meghan markle

Bagaimanapun semakin dekat hari perkahwinan pasangan yang menjadi tumpuan dunia itu, akhirnya Priyanka Chopra membuka mulut sekaligus memberi jawapan yang dinanti-nanti ramai.

Saya tidak menjadi bridesmaid Meghan. Tapi saya sangat bahagia dengan perkahwinan dia.

Priyanka juga mengakui tidak sabar mahu melihat Meghan dan Prince Harry melangkah ke depan altar. Sebagai kawan rapat sejak tiga tahun lalu, dia mengambarkan Meghan sebagai seorang yang sempurna untuk mendampingi putera kedua Putera Charles dan Puteri Diana itu.

Image result for priyanka chopra meghan markle

Dia adalah gadis yang baik. Ia adalah seorang perempuan yang tidak hanya memikirkan dirinya sendiri, tapi juga bagaimana lingkungan di sekelilingnya. Itulah yang saya suka tentang dirinya.

Dengan jawapan Priyanka itu, perihal siapakah bridesmaid Meghan Markle kembali menjadi tanda tanya ramai. Sementara pendamping atau ‘best man’ kepada pengantin lelaki pula khabarnya abang Prince Harry sendiri iaitu Prince William.

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply