Connect with us
Kool FM

Berita

Ini Resepi Biscoff Cheesecake Viral Tanpa Oven, Simple!

Selamat mencuba!

Published

on

Nampaknya di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter rata-rata penuh dengan gambar-gambar makanan terutamanya semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Orang ramai berpusu-pusu menunjukkan bakat masing-masing termasuklah kaum Adam. Terbaharu, Biscoff Cheesecake yang diilhamkan daripada biskut.

Memandangkan musim yang tidak membenarkan golongan bujang dan orang ramai untuk pulang ke kampung, jangan risau kerana kek ini juga mempunyai resepi yang mudah iaitu ia tidak perlu dibakar..

Resepi Biscoff Cheesecake ini dikongsi oleh seorang wanita di laman Facebook: Masak Apa Hari Ini. Jadi jom kita cuba!

Lotus Biscoff Cheesecake recipe by Mrs Admin (mashuda)

BAHAN-BAHAN:
20 keping biskut lotus biscoff
100gm unsalted butter

BAHAN CREME CHEESE:

400gm cream cheese
Lotus spread 200gm(botol)- 2 sudu besar untuk adunan cheese dan bakinya untuk topping
1 sudu kecil Esen vanilla
125 gm Whipping cream
2 sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN:
1. Hancurkan biskut lotus biscoff. Kalau nak mudah, beli yang crumble siap.
2. Panaskan unsalted butter. Kemudian masukkan biskut yang dihancurkan tadi. Tutup api dan Kacau rata. Masukkan dalam loyang, padat-padat kan dia. Sejukkan dalam peti ais sementara buat adunan cream cheese.
3. Putar cream cheese sampai kembang. Masukkan dua sudu lotus biscoff spread dalam adunan cheese tu. Dan putar lagi sambil masukkan 1 sudu kecil essen vanilla. Dah siap adunan cream cheese. Letak tepi.
4. Putar 125gm whipping cream dan 2 sudu gula ising dalam bekas lain sampai kental.
5. Satukan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.
6. Keluarkan base daripada peti ais tadi. Letakkan adunan cheese dan ratakan. Kemudian simpan dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam.

TOPPING:
7.  Baki spread dalam botol tadi, cairkan atas dapur. Bila adunan dah sejuk sikit, boleh tuangkan spread ni dalam loyang tu.
8. Tuangkan ke atasnya perlahan-lahan.
10. Sejukkan kembali dalam peti ais.
11. Keluarkan cheese cake. Cara potong, rendam pisau dalam air panas baru potong. Setiap kali nak potong, cuci pisau dan rendam semula dalam air panas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement