Home > #CeriteraKool > Ini Punca Mengapa Wanita Mengalami Keguguran Berulang Kali

Ini Punca Mengapa Wanita Mengalami Keguguran Berulang Kali

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan berhasrat untuk menimang cahaya mata supaya dapat menjadi penyeri rumahtangga mereka.

Namun, kemahuan tersebut kadang kala boleh membuat pasangan turut menjadi tertekan ekoran sering ditanya tentang anak oleh masyarakat sekeliling,

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Natasya Nor, risiko keguguran secara amnya untuk seseorang wanita adalah 15-20% dan dianggarkan hanya 2% wanita yang akan mengalami keguguran dua kali berturut-turut manakala 0.4-1% wanita pula akan menghadapi keguguran tiga kali berturut-turut.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook Dr Hamid Arshat, beliau telah menerangkan punca sebenar mengapa terdapat segelintir wanita mengalami keguguran berulang kali.

Keguguran berulang2.Tahniah kepada Nurul Atiqah dan suami. Sekarang hamil 14 minggu dan kehamilan semakin stabil, janin…

Posted by Dr Hamid Arshat on Wednesday, 9 August 2017

Seorang pesakit telah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan telah mengalami keguguran sebayak 6 kali, kesemuanya dalam lingkungan antara 6-9 minggu.

Selepas wanita berkenaan melakukan ujian imbasan (ultra sound) pada peranakkan, Dr. Hamid mendapati wanita tersebut menghidap penyakit endometriosis dan rahimnya jatuh kearah tulang belakang (retroverted), juga terdapat endometriosis cyst pada ovari sebelah kanan.

Dr Hamid juga telah menjalankan ujian darah bagi mengesan virus yang mungkin menyebabkan keguguran berulang2.

Bedah laparoscopy turut dilakukan dan beliau didapati menghidap penyakit endometriosis stage 4, dengan banyak lekatan juga parut disekitar rahim, ovari dan saluran fallopian. Saya lakukan

Selepas buang dan bersihkan kesemua ketumbuhan tadi, Alhamdulillah, pesakit terus hamil, janinnya tumbuh mengikut jadualdan denyutan jantungnya juga kuat.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar kehamilannya terus dalam keadaan baik.