Berita
Ini Perkara Yang Perlu Disediakan Jika Mahu Tukar Alamat Pada Kad Pengenalan
Ambil perhatian!!
Individu yang mahu menukar alamat pada kad pengenalan, perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan mereka menggunakan alamat baharu itu.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan berkata, ia adalah penambahbaikan bagi prosedur permohonan penukaran butiran alamat pada kad pengenalan yang akan berkuat kuasa 2 Mei ini.
“Prosedur ini menetapkan setiap permohonan pertukaran alamat perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti bil utiliti atau cukai pintu atau dokumen lain.
“Permohonan pertukaran alamat pada kad pengenalan hendaklah dikemukakan dengan dokumen sokongan sebagai bukti sahih penggunaan alamat baharu bagi mengelakkan masalah ketidaksahihan alamat pada kad pengenalan.
“Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke [email protected],” menurut kenyataan itu, hari ini.