Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Ini Penjelasan Ebby Yus Apabila Foto Perkahwinannya Dengan Zizi Kirana Tular

Baca dulu penjelasan Ebby ni, ada sebabnya gambar itu di muatnaik

Published

on

Baru-baru ini tular foto memaparkan pelakon dan pelawak Ebby Yus mengenakan pakaian perkahwinan, malah pasangannya penyanyi Zizi Kirana turut mengenakan pakaian yang sama.

Namun, setelah mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu sendiri, Ebby menyatakan dia tidak marah, namun tertanya-tanya.

“Saya tak marah dan tak kecewa. Saya maafkan semua kata warganet itu. Cumanya, adakah orang yang cantik itu, jodohnya hanya untuk mereka yang kacak dan muda?”

Image result for ebby yus

“Semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh menolak takdir sekiranya ia berlaku,”

Menjelaskan mengenai foto yang tersebar itu, Ebby  menjelaskan foto tersebut adalah foto yang diambil di set penggambaran program komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan di TV3.

Ia turut diambil atas permintaan penaja yang menaja pakaian serta pelamin untuk set itu.

“Jadi, apabila ia dimuat naik oleh saya dan beberapa rakan, ia mula tular. Saya pun padam foto itu di Instagram kerana tak mahu berlaku salah faham,”

Selain itu, Ebby tidak ketinggalan menitipkan ucapan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia ditemukan dengan jodoh baik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement