Connect with us
alt_img>

Hiburan

Ini Luahan Norman Hakim, Alif Satar Selepas Diberi Peluang Berjumpa Banduan Akhir

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan..

Published

on

Norman Hakim dan Alif Satar baru-baru ini telah berkongsi pengalaman masing-masing selepas berpeluang berjumpa dengan banduan akhir di Penjara Sungai Buloh.

Norman menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan ia merupakan jemputan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Perjumpaan itu bertujuan untuk bersama dengan pihak penjara bagi berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta berterawih berjemaah bersama banduan akhir iaitu banduan yang bakal menjalani hukuman gantung.

“Satu perasaan yang tak dapat nak saya gambarkan dengan kata-kata ketika menerima jemputan ini. Perasaan yang bercampur-baur. Macam teka-teki dalam kepala. Tak pernah terduga untuk diundang dalam acara hening sebegini. Memang kitaorang tak dibenarkan untuk bawa handphone atau segala alat digital yg boleh membuat rakaman saat kaki melangkah masuk dalam sempadan penjara.

“Masa saya type ni, alhamdulillah semuanya dah pun selesai. Dah pun dapat segala jawapan yang bercampur baur dan menjadi tanda tanya sebelumnya. Dan dengan izin pihak Jabatan Penjara, kitaorang dikirimkan dengan pic2 momen bersama BANDUAN AKHIR yg dibenarkan utk dikongsikan dengan wajah yg sudah di filtered.”

Menurut Norman, terdapat banyak perkara yang ingin dikongsikan dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira empat jam bersama banduan-banduan akhir berkenaan.

Sementara itu, Alif Satar pula menyatakan ia antara hari yang paling diingatinya sampai bila-bila dan berterima kasih kepada piha pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pegawai Penjara Sungai Buloh atas jemputan dan pengalaman yang cukup istimewa.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement