Connect with us

Berita

Ini Komen Angkasawan Negara Mengenai Pendidikan Sains di Malaysia!

Sheikh Muszaphar cadang ubah cara pengajaran

Published

on

Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi pandangannya mengenai kualiti pendidikan sains di sekolah-sekolah di Malaysia.

Menerusi satu kemaskini dimuatnaik di Instagram hari ini 25 Julai, Dr Sheikh Muszaphar menyuarakan rasa bimbang dengan kekurangan pelajar yang mendalami bidang sains setiap tahun.

Beliau membuat kenyataan itu susulan satu artikel berita disiarkan di New Straits Times, ketika beliau memberikan ceramah di SMK Seri Jempol untuk program Journey To Space.

Selain itu, di Instagramnya juga, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi pengalamannya mempelajari Sains semasa di sekolah.

Menurutnya, tahap kualiti pengajaran subjek itu sendiri tidak menarik minatnya dan pelajar lain untuk mendalaminya, sehingga menyebabkan dia pernah didenda.

Namun, persepsinya mengenai Sains berubah apabila berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level di bawah tajaan JPA di mana tenaga pengajar menjadikan pembelajaran Sains lebih menarik.

View this post on Instagram

Pic – Science is the future . I can never stress the importance of Science . Every year 300-400 less students are taking Science in our country and is certainly a worrying trend . I blame it on our teachers and our System Education . I remembered struggling with Physics during my SPM days because I found it boring . My teacher used to send me out of the Class several times and made me stand by the window . Things changed when I was doing my A-Level under JPA Scholarship where I find the teacher exciting and the subject stimulating . For students , it’s all about the teachers . I feel Sciences subjects should be done outside the Class with lots of hands-on experiments . Make it exciting and fun be it Biology , Chemistry or Physics . Some of the teachers I met said their hands are full and unable to do so – which I agree . Our Education System needs to be changed . Teachers are still struggling in which direction to go . Our Maths & Science teaching in English keep on dallying back and forth . Students and parents are lost and kept in the dark . Pointing fingers and blaming others . Even the Standard of English in our country is subpar . Not surprisingly many parents are opting to send their children to a private School . Certainly a worrying trend . Sad but it’s true … Do share me your views Everyone . Just sharing . Good Morning & Love As Always …

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dr Sheikh Muszaphar turut mencadangkan agar pengajaran subjek Sains dilakukan di luar kelas, lebih-lebih lagi untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi.

Bukan untuk menuding jari ke arah mana mana pihak, beliau menegaskan agar sistem pembelajaran berubah untuk menjamin masa depan pelajar.

Guru juga perlu memainkan peranan yang lebih dalam ketika mendidik.

Beberapa pengikut Dr Sheikh Muszaphar turut memberikan pendapat selain bertanya soalan untuk mendapatkan lebih kepastian di akaun Instagramnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement