Home > #CeriteraKool > Ini Kisah Tukang Gunting Rambut Yang Mempunyai 378 Buah Kereta

Ini Kisah Tukang Gunting Rambut Yang Mempunyai 378 Buah Kereta

Siapa kata tukang gunting rambut tak boleh hasilkan wang yang banyak? Memang betul, bukan setiap hari ada orang datang gunting rambut dan tak semestinya kedai tukang gunting rambut tu menjadi pilihan masyarakat.

Namun, kisah kali ini memparkan seorang pemuda dari Bangalore India, yang bernama Ramesh Babu, telah membuktikan bahawa kerjaya sebagai tukang gunting rambut juga mampu hidup mewah dengan memiliki sebanyak 378 buah kereta. Banyak kan?


Ceritanya bermula ketika beliau berusia tujuh tahun selepas bapanya meninggal. Babu melakukan pelbagai kerja sehingga pada awal 1990-an beliau berjaya membuka tempat gunting rambut sendiri untuk mencari sesuap nasi.

Pada tahun 1993, Babu membeli kereta pertamanya, dengan hasil usaha wang yang disimpan selama menjadi tukang gunting. Susulan mahu menambah pendapatan, Babu menyewakan kenderaan yang dibeli kepada masyarakat yang mahu menggunakannya.

Saban tahun, kegigihannya bekerja sama ada sebagai tukang gunting dan penyewa kereta terus menjadi maju sehingga Babu mampu membeli sebanyak enam buah kereta pada 2004 lalu sebelum diisytihar jutawan.

Walaupun sudah digelar dengan gelaran jutawan dan selesa memiliki banyak kereta mewah, Babu tetap menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Dalam pada itu, dia hanya mengenakan caj 100 ruppee atau RM6 untuk setiap perkhidmatan gunting rambut gaya biasa.

Lebih menarik lagi, pelanggannya turut terdiri daripada barisan selebriti terkenal termasuk Salman Khan, Aishwarya Rai, Aamir Khan malah tokoh terkenal iaitu Raja Saudi, Salman Abdul Aziz.

Sumber dari: www.betterindia.com

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply