Connect with us
alt_img>

Hiburan

"Ini Kisah Sebenar. Dulu Saya Gemuk…"- Sharifah Sakinah

Pelakon tinggi lampai, Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram mendedahkan dia pernah terperangkap dalam masalah berat badan.  

Published

on


Pelakon tinggi lampai, Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram mendedahkan dia pernah terperangkap dalam masalah berat badan.
Tekad mahu kurus, Sakinah mengamalkan diet dengan cara berpuasa selama 16 jam dan melakukan kardio bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan.

“Ini kisah sebenar. Dulu saya gemuk (tak pernah tangkap gambar). Untuk kurangkan berat badan saya banyak buat cardio (berlari). Jadi, kurus secara mendadak beserta intermitten fasting,” tulisnya di akaun Instagram.

Walaupun berjaya menguruskan badan, Sakinah berdepan pula satu lagi masalah iaitu kulit berlebihan di bahagian ketiak dan perut yang sukar untuk dihilangkan.

“Jadi bila Dah kurus. My excess skin (kulit berlebihan) susah betul nak hilang (ketiak,perut semua gelebeh). Nak kurus senang sangat. Nak fit tu yang susah! Terutama awak tak ambil makanan tambahan dan buat secara semula jadi,” tulisnya lagi.

Untuk pengetahuan, Sakinah membuat keputusan untuk mendedahkan perkara tersebut selepas foto yang dimuat naiknya mendapat kritikan daripada netizen.
Dalam pada itu, adik kepada pengacara, Sharifah Shahira ini juga kini mahu fokus untuk memiliki badan yang fit walaupun sudah berjaya memiliki badan yang kurus dan menjaga pemakanan.

 “Saya berjaya kurus and jaga makan. Tetapi misi saya sekarang adalah untuk fit! Jom buat bersama-sama nak? Malu apa kawan-kawan asalkan natural dan bukan secara pembedahan,” tambahnya lagi.

Sakinah berkongsi foto ketika berisi

Wow, power lah! Bukan senang nak ada disiplin diri yang tinggi dan rajin. Semoga Sharifah Sakinah terus memberi inspirasi kepada orang lain.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement