Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

“Ini Gunung, Bukan The Curve Damansara” -Azhan Rani Kongsi Pengalaman Makan di Everest Base Camp

Berlakon power, daki gunung pun sama!

Published

on

Semalam, pelakon yang popular menerusi pelbagai drama rantaian Azhan Rani telah melunaskan impiannya sejak tiga tahun lalu, apabila berjaya menjejakkan kaki ke Everest Base Camp (EBC) berketinggian 5,364 meter (m) dari aras laut, di Nepal pada jam 10.20 pagi waktu tempatan (12.05 tengah hari).

Azhan berjaya menawan EBC bersama-sama 26 pendaki lain, termasuk lima pengamal media tempatan dan enam pendaki dari Brunei.

Hari ini menerusi laman Instagram miliknya, Azhan berkongsi satu video dan kapsyen yang mencuit hati untuk pengikutnya.

View this post on Instagram

berhari2 aku kena makan garlic soup, hari ni breakfast apple porridge… sedap ke tidak? ko tengokla muka memasing… tapi ini gunung bukan kat the curve damansara.. dan dengan makanan macam ni la orang2 kat sini hidup.. ye sebenarnya bila ko dah syok sangat dalam comfort zone kat situ la ko akan menolak segala yang macam ni.. toksah sebut ali maju, restoren mahbub, kfc, starbucks, mcd bagai.. tapi di sini ada je kehidupan untuk kau mengenang erti perjuangan hidup.. xpdc ni memang tak murah dan xpdc ni membayar harga tinggi untuk ko menghadapi kesusahan namun pengalaman ini adalah kekayaan diri yang tak dapat aku gambarkan.. syukur alhamdulillah adalah perkataan terindah hari ini untuk aku kongsikan🙏 11 september 2019 #day12 بسم الله الرحمن الرحيم #gorakshep – #tingboche #acclimatizeday @summit.attack.resources #sar #summitattackresources #nepal #everestbasecamp #sartoebc #mmjoutdoorcamp #risetopower #selamatharikemedekaanke62

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

“Berhari-hari aku kena makan garlic soup, hari ni breakfast apple porridge… sedap ke tidak? ko tengokla muka memasing… tapi ini gunung bukan kat the curve damansara..”

Menurutnya, begitulah makanan harian mereka apabila berada di puncak gunung tersebut.

Jelasnya lagi, apabila berada di puncak tersebut, manusia akan lebih menghargai dan mengenang erti perjuangan kehidupan.

“Ekspedisi ni memang tak murah dan xpdc ni membayar harga tinggi untuk ko menghadapi kesusahan namun pengalaman ini adalah kekayaan diri yang tak dapat aku gambarkan..”

Semoga kisah yang dikongsikan Azhan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat semua dan tahniah kepada Azhan yang dah berjaya tawan puncak Everest Base Camp!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement