Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Ini Dia Resipi Pulut Kuning Lembut, Cukup Rasa Dan Cantik, Pasti Mak Mertua Suka!

Semudah 1,2,3!

Published

on

Pulut kuning sangat sesuai dimakan begitu sahaja. Bukan sahaja sedap dan berlemak, bila dimakan bersama rendang daging bersama telur rebus, fuh lagi terasa nikmatnya!

Mungkin ada di antara anda yang tidak mahir memasak pulut kuning, kadang kala ada pulut yang tidak menjadi, kadangkala ada pula yang lembik.

Jangan risau lagi, sekiranya anda ingin belajar memasak pulut kuning yang cantik, berlemak dan lembut, boleh ikut petua dan tip yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook iaitu Masmira Idris yang berkongsi resipinya.

Menurutnya, resipi ini diperolehi daripada ibunya dan telah digunakan selama lebih dua tahun untuk berniaga dan kini dikongsi kepada umum di laman Facebook miliknya.

Ini bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
    Beras pulut susu akan buat pulut kuning jadi benyai dan lembik. Kalau boleh, cari beras pulut yang panjang sedikit. Elakkan beras yang jenis montok-montok.
    Bilas 3 hingga 4 kali, rendam (sekurang-kurangnya 3 jam) dan letak serbuk kunyit dalam dua sudu besar.
    Sebelum kukus, perlu bilas semula dengan air paip. Sejat menggunakan penapis. Perlu dibilas balik untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan buat pulut tahan lebih lama. Jangan gunakan pewarna.
  • Halis 1/2 inci (wangi dan buang angin)
    Kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus.
    Orang yang makan tidak akan perasan pun ada halia dalam pulut.
  •  Daun Pandan 5 helai (bagi pulut wangi)
    3 helai dikoyak 3 dan ikat untuk diletak dalam pulut semasa mengukus.
    2 helai koyak 3 untuk dibuat lapik pulut dalam periuk kukus.
  • Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut ke dalam pengukus.
    Tabur halia cincang sekata ke dalam pulut dan masukkan juga daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit mengikut jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak. 5.
  • Santan segar dan pekat: 250 gram sehingga 300 gram
    Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas yang baru mendidih. Kemudian, masukkan garam sebanyak 1 1/2 sudu besar gula dan 1 1/2 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam tersebut.
  • Seterusnya, masukkan santan pekat tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa rasa sedikit, pastikan ada rasa masin dan manis sedikit.
    Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang dah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan, tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau sehingga sekata semuanya.

Pastikan kacau pulut sehingga rata dan hilang segala ketulan. Kemudian, tekan dan ratakan dalam besen tadi. Biar pulut rehat dalam 10 ke 15 minit, baru cedok untuk bungkus atau makan.

Mudah je sebenarnya, cuba lah pikat hati mak mertua anda dengan pulut kuning berlemak ni. Selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement