Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

Ini cara pilih beg tangan yang sesuai dengan size badan

Published

on


SITUASI ini sering berlaku pada korang tak? Bila dah siap cantik-cantik nak keluar tiba-tiba dilemma pulak tak tahu nak pilih beg tangan yang sesuai. Pilih yang besar tak kena, pilih yang kecik pun tak kena. Jadi yang mana satu yang bersesuaian?

Jadi, sebagai gadis yang trendy kita haruslah bijak dalam memilih beg tangan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis dan bentuk beg tangan yang ada sekarang ini. Korang perlu tahu beberapa ciri yang sesuai dengan fizikal korang.

via GIPHY

Artikel kali ini, sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak pilih beg tangan yang bersesuaian mengikut saiz badan kita.

Kenali bentuk badan anda

Kenalpasti dulu jenis bentuk badan korang tu. Seperti yang kita tahu, bentuk badan perempuan ada beberapa jenis iaitu berbentuk seperti buah pear, rectangle, hourglass dan inverted triangle.

Segitiga terbalik

Kalau korang mempunyai bentuk badan seperti segitiga terbalik, korang sesuai untuk memakai beg silang, belt bags, beg tangan bertali panjang atau pun clutches. Ini akan mengimbangi bentuk saiz badan supaya bahagian atas itu tidak kelihatan terlalu besar atau lebar.

Berbentuk segi empat tepat

Jika korang mempunyai bentuk badan seperti segi empat tepat, korang sesuai untuk memakai jenis bag yang bersaiz besar dan labuh. Seperti beg tangan satchel, tote bags atau hobo bags.

How to Choose the Perfect Bag for Your Body Type

Foto:Brightside.me

Berbentuk buah pear

Badan berbentukseperti buah pear ini sememangnya tidak perlu lagi untuk menambah rupa bahagian bawah tu agar ia tidak kelihatan terlalu besar dan tidak seimbang. Jadi apa yang korang perlu adalah untuk fokus pada bahagian atas badan. Beg tangan yang sesuai adalah shoulder bags, bucket bags atau ”fanny pack’ yang dipakai melintang atas dada.

Foto:Brightside.me

Hourglass

Untuk korang yang mempunyai bentuk badan seperti hourglass tu lebih fleksible untuk memakai apa jenis beg pun. Akan tetapi siscadangkan korang untuk memakai jenis bag yang tidak terlalu menutupi badan korang tu.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk kekal bergaya sebagai gadis-gadis trendy tu okay? Semoga berjaya!

Sumber:Brightside.me

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement