Home > #CeriteraKool > Ini Akibat Jika Anda Selalu Menahan Bersin

Ini Akibat Jika Anda Selalu Menahan Bersin

Adakah anda seorang individu yang sering menahan diri daripada bersin? Tahukah anda, kajian yang dilakukan oleh BMJ Case mendapati menahan bersin sebenarnya mampu membahayakan tubuh badan.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan tekak, malah gegendang telinga atau saluran darah dalam otak boleh pecah dari tindakan menahan bersin.

Menurut pengkaji berkenaan, apabila seseorang sengaja menahan bersin, ia akan mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh. Kes ini pernah terjadi kepada seorang lelaki dari Britain yang berusia 34 tahun.

Pesakit itu dilaporkan terpaksa pergi ke sebuah hospital di Leicester, untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengadu rasa bengkak dan mengalami sakit yang agak teruk di bahagian leher.

Lelaki itu menggambarkannya seperti berasa ‘letupan’ pada bahagian leher selepas beliau menahan bersin dengan memicit hidung sambil menutup mulut secara serentak.

Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) kemudian mengesahkan apa yang terjadi kepada lelaki itu ialah badannya menerima tekanan yang kuat akibat daripada tindakan pesakit itu menahan bersin sehingga menyebabkan belakang tekak mangsa terkoyak.

Lelaki itu tidak mampu untuk menelan makanan kerana kesakitan yang dialami di bahagian tekak yang kritikal.

Dia dimasukkan ke wad dan pihak hospital memberinya makan dan ubat melalui tiub sehingga

Punca bahayanya menahan bersin ialah, boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru dan mampu memecahkan aneurisme serebrum, iaitu keadaan saluran darah menjadi bengkak seperti belon di dalam otak.

Jadi, kepada pembaca jangan menahan bersin sebaliknya let it out ok?

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply