Connect with us
Kool FM

Berita

Ini 5 Tip Untuk Kekalkan Berat Badan Ideal Pada Aidilfitri

Berapa kg sekarang?

Published

on

Walaupun kita bakal beraya dalam keadaan yang sederhana pada tahun ini, selain tiada amalan kunjung-mengunjung, tapi mesti ada dalam kalangan pembaca yang sudah terfikir masakan apa yang akan dicuba masak dan juadah apa yang bakal dimakan.

Tetapi paling merisaukan mestilah apabila berat badan bertambah setiap kali tibanya musim perayaan. Jom praktikkan 5 cara di bawah bagi memastikan anda miliki berat badan yang ideal pada Hari Raya ini.

Calories Check: Kuih Raya and Biskut Raya | Calorie, Pedas, Food

1. Tetapkan Sasaran dan kira kalori yang diperlukan
Tetapkan berat ideal anda dan kira jumlah kalori yang diperlukan. Kemudian kawal kadar pengambilan kalori dalam makanan yang diambil. Paling penting, anda perlu sentiasa fokus untuk mengelak dari mengambil kadar kalori yang berlebihan.

Nafsu makan pada Aidilfitri jika tak dikawal pasti...

2. Dapatkan ‘rakan baik’ yang boleh memantau berat anda
Menarik bukan, bila ada rakan yang sentiasa memantau jenis makanan yang diambil. Malah, lebih seronok bila dia juga bertindak seperti jurulatih peribadi anda atau lebih menarik lagi jika anda berdua boleh saling memantau diet dan berat badan masing-masing.

Makan Sabah would like to wish all Muslims Selamat Hari Raya and ...

3. Hadkan minuman bergula
Minuman manis mempunyai kalori yang tinggi dan ini akan mengakibatkan kadar gula di dalam darah turut meningkat. Oleh itu, hadkan minuman bergula dan banyakkan minum air suam atau kosong yang sangat bagus untuk kesihatan.

Menu Wajib Hari Raya

4. Pilih makanan dengan bijak
Makanlah makanan yang mempunyai diet seimbang. Buah-buahan dan sayuran segar antara makanan yang mempunyai vitamin dan zat yang diperlukan tubuh. Pilih makanan berdaging dengan jumlah kalori yang rendah agar anda dapat mengawal berat badan dengan lebih konsisten.

5. Jadi lebih optimis dan positif
Sentiasa bersikap optimis dan positif kerana ia dapat membantu mengimbangkan keadaan mental dan fizikal anda. Malah, anda juga akan merasa lebih cekal dan yakin untuk meneruskan azam sekali gus dapat mencapai matlamat anda dengan cepat.

Sekarang anda sudah mempunyai idea bagaimana mendapatkan berat badan yang sesuai semasa perayaan nanti. Ingat! mengawal jumlah kalori makanan anda adalah faktor utama untuk membantu anda mengekalkan berat badan anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement