Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Ini 5 Selebriti Berstatus Duda Yang Masih Menjadi Idaman Wanita

Jom cuci mata!

Published

on

Tahun 2019 sudah hampir memasuki penghujung tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit dialami setiap individu.

Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan sebaliknya (perceraian).

Ini senarai 5 barisan selebriti bergelar duda yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup namun masih menjadi idaman para wanita di luar sana.

1. Rashidi Ishak

Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terbongkar apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.

Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.

Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.

2. Sam Bunkface


Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu selepas tiada lagi persefahaman.

Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

3. Fizo Omar

Perceraian diantara pelakon dan usahawan, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim pada Julai lalu mengejutkan ramai pihak.

Perceraian itu berlaku selepas enam tahun mereka berkahwin dan kemelut yang melanda mereka berjaya dihidu netizen selepas Fizo dikatakan menyambut Aidilfitri secara berasingan dengan Mawar dan anaknya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan memiliki seorang puteri sulung yang diberi nama Wan Maryam, berusia dua tahun.

4. Aliff Aziz

Siapa yang kenal dengan penyanyi kelahiran Singapura dan popular menerusi lagu Sayang, Aliff Aziz. Alif menceraikan bekas isteri, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.

Sebelum ini, Alif pernah terpalit dengan isu curang atau skandal sebanyak tiga kali dengan beberapa selebriti seperti Afifah Nasir dan Oktovia Manrose serta seorang wanita dikenali sebagai Nismel.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang berusia dua tahun.

5. Nazim Othman

Detik 2 Mei 2018 menjadi sejarah yang terpateri dalam lipatan hidup pelakon, Nazim Othman apabila bahtera rumah tangganya bersama Bella Dally karam di lautan dan hanya mampu bertahan selama dua tahun.

Untuk pengetahuan, mereka tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan.

Sebelum berkahwin pada 10 September 2016, mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun.

Jodoh tidak panjang. Mungkin itu yang boleh dikatakan apabila ikatan perkahwinan yang dibina tidak mampu bertahan lagi. Jalan terakhir adalah berpisah dengan cara baik.

Ditakdirkan Allah, semoga bertemu jodoh buat kali kedua.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement