Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Ini 5 jenis makanan childhood yang rakyat Malaysia membesar dengan…..

Published

on


HELLO semua gadis-gadis trendy! Hari ini, sis nak mengusik sikit zaman-zaman childhood dimana kita tahu nak bermain sahaja suatu ketika dahulu.

Dalam kalangan kita pasti dulu pernah makan snek-snek yang dijual dikedai runcitkan? Pergi kedai runcit tu kira benda yang seronok la bagi budak-budak kan?

Jadi hari ini sis nak ajak korang mengenang kembali 5 jenis snek yang pernah popular dan cukup suka kita makan dizaman childhood dulu.

Iced Gems

Ini adalah salah satu snek yang kita sering makan tapi tak pernah tahu pun nama sebenarnya! Sering yang kita sebut, ‘biskut ni’ je kalau nak beli dekat kedai runcit kan? Rupa-rupanya nama sebenarnya adalah Iced Gems. Kebanyakkan dari kita hanya makan icing yang ada atas biskut tu je sebab manis dan sedap macam gula-gula.

Foto:www.pinterest.com

Eye glass candy

Ini antara coklat yang digemari oleh kanak-kanak juga! Disebabkan pakej yang menarik tu dan coklat yang berwarna-warni tu sis ingat lagi macam sayang je nak makan sebab cantik dan nampak cool! Snek yang sebegini ada bermacam betul lagi. Antara yang sis pernah jumpa adalah bentuk rama-rama.

Foto:http:www.themalaysiantimes.com.my

Big Foot

Lagi satu snek yang sis  memang suka sangat. Kira di antara kegemaran ramai kanak-kanak jugak lah pada masa itu, Gula-gula bigfoot yang dimana lollipop yang mempunyai serbuk yang mempunyai rasa masam-masam dan campur pulak dengan kombinasi manis lollipop yang berbentuk seperti kaki tu. Sedapnya!

Foto:www.candy.com.my

Great Monster

Kalau korang masihi ingat lagi, gula-gula ini merupakan sejenis manisan yang meninggalkan kesan warnanya pada lidah kita! Yang paling takut kalau parents korang nampak kena marah sebab lidah berwarna.

Foto:360snackfood.com

Aiskrim Malaysia

Aiskrim Malaysia ni siapa je yang tak pernah rasa zaman membesar dulu kan? Sampai sekarang pun ternyata ramai lagi yang masih suka dan antara perisa yang paling famous adalah Milo, asam boi dan perisa bandung!

Foto:twitter.com/soulusimy

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aiskrim Poli/Pong

Lagi satu aiskim yang legend adalah aiskrim poli atau asikrim pong.Sis tak pasti antara aiskrim poli atau aiskrim Malaysia, mana satu yang paling legend dulu? Korang rasa? Yang bestnya asikrim ni kalau dia keras, boleh patah dua!

Foto:2.bp.blogspot.com

Sis harap korang enjoy artikel ini dengan kembali teringat memori zaman membesar dulu baru lah best daripada teringat memori-memori sendukan!

 

 



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement