Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Ini 5 Benda Yang Anda Kena Tahu Tentang SOP Bila Sekolah Dibuka

Published

on


Wah, bukan main seronok ya mereka cuti panjang? Ni kerajaan dah umumkan sekolah dibuka, anak-anak anda dah siapkan ke kerja sekolah? Cumanya, beberapa keadaan akan berubah sesuai dengan normal baharu bagi mengelakkan penularan COVID 19.

Jadi, sebagai ibu bapa. Ini adalah antara beberapa penting yang anda kena tahu mengenai prosedur yang perlu dipatuhi oleh anak-anak sepanjang tempoh persekolahan. Tidak hanya untuk pelajar, malah guru juga akan melalui garis panduan yang sama.

Sumber: Sirap Limau

Periksa suhu badan

Pemeriksaan akan dilakukan oleh guru di pintu pagar sekolah. Ini bagi memastikan tidak ada pelajar yang bergejala hadir ke sekolah.

BACA: Cara Turunkan Suhu Badan Bila Anak Demam Panas

Siapa naik basikal, rehat kejap

Ada juga pelajar yang jalan kaki dan naik basikal sehingga menyebabkan suhu badan mereka mencecah sehingga 37.5 darjah celcius. Jadi, mereka ini akan diberi masa untuk berehat sekejap sebelum suhu mereka diperiksa sekali lagi.

Sumber: Says

Wujud bilik isolasi

Sebuah bilik isolasi diwujudkan di dalam sekolah. Kalau ada sesiapa yang bergejala, mereka ini akan diasingkan. Panggilan akan dibuat kepada ibu bapa dan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut.

Beli bungkus

Dah tak ada lagi istilah anak anda nak dating dekat kantin sekolah. Ini kerana pelajar kena beli makanan berbungkus dengan garis panduan jarak satu meter antara satu sama lain.

BACA: Anak Enggan Ke Sekolah? Mungkin Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Ibu Bapa

Sumber: Astro Awani

Laluan anak panah

Ini bagi mengelakkan pelajar bertembung, makan kedudukan pelajar pun dikawal. Ia termasuklah di dalam makmal. Kawasan sekolah juga akan ditanda dengan dengan anak panah. Penjarakan sosial juga akan dilakukan oleh para guru di dalam bilik guru.

Dengan adanya prosedur sebegini, mudah-mudahan anak kita dapat belajar dengan tenang tanpa rasa cemas dan risau kalau-kalau berlaku penularan. Yakinlah dengan keputusan KKM. Selamat kembali ke sekolah anak-anak kita semua!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement