Berita
Ingin Pesan Makanan Menerusi Dalam Talian? Jom Ikuti 5 Langkah Penting Ini
Jangan menuding jari, sebalinya kita sendiri berwaspada!
Kebelakangan ini, banyak berita tentang keracunan makanan dan yang paling menyedihkan penyakit tersebut pada 3 Jun 2020 mampu membuatkan seorang mangsa menderita sehingga menyebabkan kepada maut.
Terbaharu, seramai 48 orang dilaporkan mengalami keracunan makanan dipercayai akibat menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.
Namun, janganlah menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya kita sendiri perlulah mempunyai sifat sentiasa berwaspada dengan sebarang makanan yang diambil sama ada memasak sendiri di rumah, mahupun memesannya menerusi dalam talian.
Seiring dengan arus pemodenan ketika ini, banyak aplikasi yang dicipta khas hanya untuk penghantaran makanan, tak kurang juga dengan golongan usahawan yang berkecimpung dalam perniagaan masakan.
Memang seronok melihat kelebihan masing-masing, dan pastinya ramai yang beranggapan mahu menyokong usahawan tempatan dengan membeli masakan mereka.
Bagaimanapun, selain memastikan tahap kebersihan para peniaga, di bawah ini juga tersedianya tip lain bagi pesanan makanan dalam talian:-
Pendek kata, pesanlah makan-makanan yang berkhasiat sahaja.
Benar, rancanglah pembelian anda dan kalau boleh elakkanlah pembaziran pada setiap makanan yang dipesan..