Connect with us

Uncategorized

Ingin Fokus Politik, Konsert Dewa 19 Mungkin Yang Terakhir

Pengasas kumpulan legenda Indonesia Dewa 19, Ahmad Dhani memberi bayangan Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Februari ini mungkin menjadi persembahan terakhir mereka.

Published

on

Pengasas kumpulan legenda Indonesia Dewa 19, Ahmad Dhani memberi bayangan Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Februari ini mungkin menjadi persembahan terakhir mereka.

Menurutnya kumpulan itu tidak lagi menghasilkan album atau single baharu, selain mahu menumpukan sepenuh tumpuan terhadap bidang politik yang sudah diceburinya.

Related image

Sejak 2007, kami tidak lagi menghasilkan album atau lagu baharu selepas muncul dengan Kerajaan Cinta. Ditambah kemahuan pendengar yang lebih menyukai lagu lama kami yang menggamit nostalgia, membuatkan kami tidak terfikir untuk merakamkan single baharu.

Dhani turut teruja menanti detik persembahan mereka yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia itu katanya, cukup istimewa apabila menggabungkan tiga vokalis kumpulan itu iaitu Ahmad Dhani, Once dan Ari Lasso.

Reunion Dewa 19 Kembali, Bikin Konsert Di Malaysia!

Mereka bersilih ganti berada di posisi vokal sejak Dewa 19 ditubuhkan di Surabaya pada 1986.

Kata Dhani, dia bersama Once dan Ari Lasso sudah dua kali mengadakan sesi latihan, termasuk pemuzik yang pernah bersama Dewa 19 seperti pemain dram, Tyo serta Wawan.

Kami tidak membuat susunan muzik baharu memandangkan peminat lebih menyukai lagu asal, cuma kami ‘besarkan’ lagi kekuatannya menerusi suntikan instrument dan bunyian brass.

Dhani berkata, bagi menghangatkan lagi debaran, peminat turut berpeluang mengikuti sesi latihan mereka menerusi YouTube.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement