Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ingatkan M.Nasir Tadi,” Ungku Ismail Aziz Tukar Imej Baharu

Jom beli tiket dan tonton!

Published

on

Pelakon yang baru sahaja menamatkan drama lakonannya Adellea Sofia iaitu Ungku Ismail Aziz baru-baru ini tampil berimej baharu.

Perkara berkenaan dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen agar pengikutnya menonton aktiviti terbaharunya melalui platform Youtube.

View this post on Instagram

Jemput tonton di YouTube saya. Check link di Bio. #SemarakPertiwiku #SPRM #UNIMAS #IstanaBudaya

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz) on

Video yang berdurasi selama 9 minit itu antara lain menceritakan bahawa pelakon berkenaan ketika ini sedang terlibat dengan teater berjudul Semarak Pertiwiku.

Menurut Ungku Ismail, terdapat beberapa individu membetulkan ayat berkenaan menjadi Sarawak Pertiwiku susulan ia adalah lagu bagi negeri Sarawak.

Namun, pelakon berkenaan menegaskan ia memang dinamakan Semarak Pertiwiku dan sudah dipentaskan di Sarawak.

Teater tersebut mengisahkan tentang integriti dan bagaimana seseorang itu boleh terlibat dalam kancah rasuah selain bagaimana peluang rasuah itu boleh datang kepada setiap individu.

Antara pelakon lain yang terlibat termasuklah Taufik Hanafi, Sherry Al-Hadad dan K. Rahman.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement