Connect with us

Berita

Ingatkan Dadah, Rupanya…

Seorang pelancong Indonesia, Sharonia dan tiga rakannya ditahan selama 14 jam di lokap di Singapura.

Published

on

Seorang pelancong Indonesia, Sharonia dan tiga rakannya ditahan selama 14 jam di lokap di Singapura gara-gara bedak ketiak.

Disangka dadah oleh polis, ia bermula apabila seorang petugas hotel terlihat bungkusan plastik mengandungi bedak tawas yang dibawanya dan diletakkan di atas meja bilik.

“Tiba-tiba pada waktu pagi, sembilan anggota polis menyerbu bilik kami dan merampas bedak berkenaan.

“Saya memberitahu polis itu adalah bedak untuk ketiak saya tetapi mereka tidak percaya dan terus membawa kami ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Sungguh memalukan kerana ramai tetamu hotel yang melihat kami ditangkap,” tulisnya menerusi laman sosial Instagram.

Sharonia yang ingin menyambut ulang tahun kelahirannya bersama rakan-rakan pada 10 November lalu kini dibebaskan selepas ujian makmal mendapati serbu putih itu bukan dadah.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement