Semasa & Hiburan
"Ingatkan Bangla" Reaksi Remaja Dapat Imamkan Remy Ishak
Siapa tak kenal hero Malaya Remy Ishak kan? Namanya meletup-letup selepas drama rantaian Nur lakonannya bersama dengan Tiz Zaqyah yang disiarkan beberapa tahun lalu.
Siapa tak kenal hero Malaya Remy Ishak kan? Namanya meletup-letup selepas drama rantaian Nur lakonannya bersama dengan Tiz Zaqyah yang disiarkan beberapa tahun lalu.
Tahun ini, selepas lakonannya bersama Mira Filzah dalam drama Pujaan Hati Kanda berakhir, lagi sekali namanya dipetik netizen kerana berjaya memikat hati penonton untuk melekat depan televisyen.
Selepas tamatnya drama tersebut pula, tular beberapa rakaman bloopers mencuit hati yang membongkarkan perangai sebenar yang ada pada pelakon kacak itu.
Lumrah menjadi seorang pelakon, ketika di set penggambaran pasti ada sahaja dialog yang lupa nak diucapkan:
Tak sangka remy mcm nii 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/O7HJ4lHgGu
— 🌻💛 (@snflwris) February 8, 2019
Baru-baru ini, terbongkar lagi sisi lain Remy, apabila beberapa keping fotonya ketika solat di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu negara tular di laman Twitter.
Difahamkan menerusi perkongsian oleh pengguna Twitter itu, dia langsung tidak menyangka bahawa jejaka berkemeja putih itu adalah sebenarnya Remy Ishak.
well tadi i imamkan Remy Ishak y’alls 😬😬🙄 seriously i thought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro 😉 pic.twitter.com/a3Pd5ONrmn
— 黒子 テツヤ (@nrhnafq) March 5, 2019
Berkongsi detik tersebut, pada awalnya dia hanya menganggap “lelaki” berkenaan adalah lelaki berwarga Bangladesh yang sedang solat.
Namun, tekaannya meleset sama sekali apabila dia terserempak lagi dengan “bangla” tersebut. Namun kali ini jelas sekali bahawa “bangla” itu sebenarnya Remy Ishak.
Sejurus selepas tularnya kisah ini, salah seorang netizen lain turut kongsi detik ketika dia terserempak dengan pelakon itu di dalam surau salah sebuah pusat beli belah.
Ni time dkt The Mines. Solat satu saf dgn dia 😂 Hbs2 solat kitorang ajk selfie, first question dia. "Dh solat ke belum?" Humble teruk dia ni. pic.twitter.com/GWRgsxIWKk
— (`_´)ゞ (@FariqAidiel) March 6, 2019
Perkongsian tersebut pastinya mendapat perhatian orang ramai, dan rata-ratanya terhibur dengan kisah tersebut.
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memuji sikap Remy.