Connect with us
Webinar Kool

Berita

Influenza: Ini Nasihat Tun Dr. Siti Hasmah Tentang Vaksin

Penting atau tidak vaksin ini?

Published

on

Sejak kebelakangan ini, banyak kes dan berita influenza menyerang telah dipaparkan di dada-dada akhbar, di kaca televisyen serta diperdengarkan di corong-corong radio.

Dalam pada itu juga, terdapat sebuah sekolah di Pulau Pinang diarahkan ditutup berikutan beberapa muridnya dijangkiti virus influenza.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata notis penutupan sementara itu dikeluarkan selepas perbincangan antara pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan negeri.

Sehubungan itu, Kool FM telah mengambil pendekatan untuk membincangkan isu tersebut menerusi topik pagi ini pada segment Kool Talk bersama dengan AG, Haiza dan Muaz.

Antara topik yang dibincangkan termasuklah berkenaan dengan penjaga yang tidak bersetuju untuk mengabil vaksin ataupun anti vaksin.

Kool FM turut telah menghubungi Dr. Faisal Mohamad Fazli, Pakar Kanak-Kanak Hopital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur untuk pencerahan sebab utama ibu bapa tidak mahu memberi vaksin terhadap anak-anak mereka.

“Mungkin ada small minority yang risau dengan kesan vaksin tersebut. Ada golongan yang kurang bertuah yang tidak ada access untuk dapat vaksin atau tidak ada kesedaran dan peluang mengambil vaksin. Mungkin bagi mereka kalau tak ambil vaksin, ada alternatif lain. Contohnya: mungkin mahu mempromosikan bahan makanan lain yang mempunyai faedah dari segi agama.”

Image result for hasmah

Bagaimanapun, menerusi segmen yang sama, ketiga-tiga penyampai radio tersebut turut memperdengarkan klip audio nasihat daripada isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkenaan dengan isu terbabit.

“We have to take it yearly, although we don’t go to overseas, we take it every year. “

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) golongan berisiko mendapat virus itu adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun, warga emas, wanita mengandung dan individu berpenyakit kronik.

Influenza turut boleh dijangkiti melalui titisan air yang tersebar melalui mulut dan hidung. Orang ramai yang berada di sekitarnya mudah mendapat virus yang disebarkan apabila seseorang batuk atau bersin.

Jadi, bagi yang belum mendapatkan vaksin dinasihatkan supaya anda segera ke hospital kerajaan ataupun swasta terdekat bagi berbuat demikian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement