Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu

Tiada lagi asap rentas sempadan dikesan selepas pihak berkuasa Indonesia memadamkan kebakaran hutan dan belukar.

Published

on

Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya kelmarin menegaskan kebakaran hutan di negara itu bukan punca jerebu di Malaysia dan Singapura.

Menurut beliau, tiada lagi asap rentas sempadan dikesan selepas pihak berkuasa Indonesia memadamkan kebakaran hutan dan belukar.

“Langkah memadamkan kebakaran hutan dan belukar diteruskan di semua titik panas yang dikesan.

“Titik panas pada Ahad lalu juga dilihat menurun berbanding yang direkodkan pada Rabu lalu,” katanya.

Setakat semalam, sebanyak 1,278 titik panas dikesan satelit di Sumatera.

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) juga tidak mengesan asap kebakaran hutan di Sumatera melintasi sempadan ke negara jiran.

Daripada data Sistem Pemantau Kebakaran Hutan Indonesia sebanyak 247 titik panas dikesan di wilayah Kalimantan semalam diikuti Papua sebanyak 48, Jambi 40 dan Sumatera Selatan 22.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement