Home > #CeriteraKool > Impian Che Ta Mahu Jadi Penyanyi Bakal Direalisasikan!

Impian Che Ta Mahu Jadi Penyanyi Bakal Direalisasikan!

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memaklumkan dia akan mencuba bidang nyanyian, selepas bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan.

Impian pelakon yang juga isteri kepada Zain Saidin untuk menceburi dunia seni suara bakal direalisasikan dengan kerjasama penyanyi yang juga komposer, Hazami.

Image result for rozita che wan

Ibu kepada tiga cahaya tersebut baru-baru ini mengaku beliau sangat teruja dan gementar apabila memikirkan langkahnya untuk menyertai bidang nyanyian.

Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa. Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi

Menurut Che Ta, beliau sendiri amat tertarik dengan karya ciptaan Hazami, seperti Takdir (dendangan Dayang Nurfaizah), yang dijadikan lagu tema drama Syurga Yang Kedua.

Ketika ini, difahamkan Hazami sedang menyiapkan lagu baharu untuk Azharina, diikuti Aishah kemudiannya.

Mungkin giliran saya akan tiba selepas Hazami menyiapkan lagu untuk Aishah

Image result for rozita che wan

Sementara itu, menerusi laporan Berita Harian, Hazami berharap impian Che Ta untuk menjadi penyanyi dapat ditunaikan olehnya.

Katanya, sudah lama pelakon itu meminta beliau menghasilkan lagu untuk beberapa produk perniagaannya.

Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia. Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit. Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden untuknya. Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan.

Apa-apa pun, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan lagu berkenaan dapat dihasilkan dengan sempurna.

 

Sumber dari: Berita Harian

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply