Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Kerja Rumah ‘Settle’ Sekelip Mata Dengan Tip Mudah Ni!

Haa..macam mana tu?

Published

on

Setiap hari ada sahaja perkara dan rutin yang mungkin berulang perlu dilakukan agar rumah serta kediaman nampak bersih. Untuk melakukan kerja rumah yang pelbagai setiap hari kadangkala membosankan serta memenatkan sekaligus menyebabkan anda rasa stres. Itu yang menyebabkan rumah kotor dan bersepah. Rumah yang teratur dan dalam keadaan terkawal menjamin kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga atau pun si bujang. Ini ada tip untuk membantu anda lakukan kerja rumah dengan mudah dan selesai sekelip mata. Jangan tak cuba tau. Rugi!

  • Dahulu Anak

Jika anda mempunyai anak. Pastikan sebelum melakukan kerja rumah anda menguruskan anak anda terlebih dahulu seperti memberi makan dan susu, mandi kemudian tidurkan atau boleh biarkan mereka bermain seketika. Ini menyenangkan tugas anda agar nanti tiada gangguan yang kerap berlaku.

  • Tidak Mencuci Pakaian Setiap Hari

Jika anda hidup bujang atau mempunyai keluarga yang kecil sekitar 3 hingga 4 orang, cukuplah sekadar mencuci pakaian untuk 2 ke 3 kali seminggu sahaja.  Selain menjimatkan masa anda, ia juga membantu menjimatkan elektrik dan air. Tiba hari mencuci pakaian pastikan anda mengamalkan rutin mencuci pada sebelah pagi agar cucian dapat kering sepenuhnya. Elakkan mencuci pakaian ketika hari hujan, jika memang musim hujan bawa sahaja baju ke pusat cucian dobi 24 jam.

  • Amalkan Kerja & Rutin Pelbagai

Ketika melakukan sesuatu kerja yang perlu anda menunggu seperti membasuh baju, selitkan sedikit dengan kerja lain seperti membasuh pinggan mangkuk, mengemop lantai dan sebagainya,

  • Sebelum Masak Sediakan Bahan

Seperti yang dilakukan di kedai makan atau restoran, buat persedian awal bahan mentah dan untuk menumis seperti bawang kisar dan halia kisar. Bahan-bahan mentah seperti ikan, ayam, daging sudah siap dicuci dan diasingkan. Begitu juga dengan sayur-sayuran, telah dicuci bersih dan diletakkan dalam bekas khas. Ketika hendak masak keluarkan sahaja daripada peti sejuk. Ia pasti menjimatkan banyak masa anda setiap hari!

  • Cuci Kelengkapan Memasak Ketika Memasak

Haa..macam mana tu? Nak masak ke nak cuci periuk belangan? Ketika bahan masakan sedang dimasak seperti proses mereneh sup, memanggang ikan ambil masa seketika untuk mencuci peralatan lain yang terdapat dalam sinki. Selepas selesai memasak anda dapat melihat pinggan mangkuk juga kuali tidak sebanyak yang anda gunakan. Jika anda longgokan dan tunggu untuk dicuci selepas memasak memang mood malas tiba-tiba datang.

  • Jangan Tangguh Melipat Pakaian

Melipat pakaian memang sesuatu yang membosankan. Jangan amalkan tunggu pakaian menjadi bukit atau gunung baru ingin mulakan tugas melipat pakaian. Antara tip untuk membantu anda melipat baju dengan mudah adalah melakukannya ketika menonton televisyen drama kesukaan anda.

  • Gosok Pakaian Seminggu Sekali

Menggosok pakaian merupakan satu kerja yang memerlukan perhatian dan tenaga. Menggosok pakaian untuk seisi keluarga bukan satu kerja yang mudah. Pakaian untuk ke pejabat serta pakaian seragam sekolah anak-anak perlu digosok kemas. Salah satu cara yang dapat membantu ibu-ibu yang sibuk ialah dengan menggosok terus kesemua pakaian yang hendak dipakai untuk satu minggu. Lakukan kerja ini pada setiap hujung minggu.

Baca juga:

Nak Rumah Sentiasa Nampak Kemas? Ini Cara Mudah Yang Anda Perlu Buat

Ibu Ke Kedai, Budak 6 Tahun Seorangan Di Rumah Maut Jatuh Flat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement