Home > #CeriteraKool > Imej Ella dikecam pereka fesyen terkenal

Imej Ella dikecam pereka fesyen terkenal

‘Saya kasihan tengok Ella saya suka imej dulu Ella, yang now ni tak faham la macam ular sawa belit kak Ella pun ada. Jangan pelik pelik sangat Kak Ell. Tak Rock langsung!’

Itu adalah kritikan yang ditulis pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat baru-baru ini terhadap penampilannya pada malam Konsert Ella Live With The MPO: A Rock Queen’s Journey baru-baru ini.

 

Image result for hatta dolmat kecam ella live with mpo

 

 

Image may contain: 2 people, people on stage and people playing musical instruments

Walau bagaimanapun, menurut Ella, dia sedikit tidak terasa hati atau marah sebaliknya menyifatkan pereka itu berani melontarkan pendapat secara terbuka.

“Saya hanya memberi sokongan kepada pereka tempatan. Pada saya teguran diberikan lebih kepada pandangan ikhlas. Saya tak marah atau terasa hati pun. Saya sentiasa berfikiran positif.

“Bagi saya, dia seorang yang berani dan caranya bagus. Cuma, mungkin selepas ini boleh menggunakan bahasa dan perkataan lebih baik. Pesanan ini bukan saja untuk pereka ini, tetapi sesiapa saja.

“Lagi pula, tegurannya lebih kepada fesyen dan bukan keperibadian seseorang. Perlu diingat, pereka fesyen lain juga cari rezeki. Jadi, boleh gunakan bahasa lebih ilmiah.”

 

 

 

 

Sumber:  Harian Metro

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply