Connect with us
Kool FM

Berita

Ikuti 8 Langkah Lindungi Warga Emas Daripada COVID-19

Sayangilah warga emas, lindungilah mereka..

Published

on

Umum mengetahui, umur yang mempunyai bilangan kematian COVID-19 tertinggi di Malaysia adalah lingkungan 61 hingga 70 tahun..

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan COVID-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia dan individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang..

Justeru jelas di situ, golongan warga emas didapati agak terjejas dengan wabak berkenaan. Jadi, sekiranya ada di antara anda yang duduk di rumah bersama-sama dengan warga emas ikutilah 8 langkah ini:-

1. Pastikan barang keperluan harian mencukupi
2. Periksa bekalan ubatan mencukupi dan patuhi temujanji rawatan
3. Dapatkan rawatan segera jika sakit
4. Berikan sokongan psikologi terhadap mereka
5. Pastikan kerap cuci tangan dengan air dan sabun
6. Guna tisu apabila batuk dan bersin
7. Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala
8. Jaga jara sosial sekurang-kurangnya satu meter

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mempunyai atau menjaga warga emas di rumah.

Sayangilah mereka, lindungilah mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement